Monday, June 20, 2011

Suasana baru di kediaman baru.

Holla eberibadi! ;-p

Last weekend aku berpindah ke rumah baharu. Tak jauh mana pun dari rumah lama. Taman sebelah je pun. Agak excited la nak duk sorang-sorang ni, tapi dalam excited tu, ada takut gak. Tapi jiwa masih kental la setakat ni.

Ingat nak je pindah end of this month sebab dah bayar sewa 1 month kat rumah lama, tapi apakan daya, banyak sangat halangan untuk sewa hujung bulan, maka di cepatkan langkah, pindahlah pada hari sabtu baru-baru ni.

One day before pindah, which is hari Jumaat tu, dengan expressnya aku pergi cari barang asas untuk rumah baru like peti ais, mesin basuh, dapur etc hanya dilakukan dalam masa 3 jam. Memang tak sempat pun nak survey tempat lain, just pergi satu kedai, rembat je sume. Now, baru berkira-kira saku dah kosong akibat buat kerja dalam kelam kabut. Haish~~ nasib baik gaji dah nak dekat. Kalau tak, ada makan biskut kering hari-hari ini. T_T

Dalam masa 2 hari duk rumah baru, Alhamdulillah semuanya ok, selamat. Dah kata jiwa kentalkan, tak adalah benda pelik-pelik berlaku. Cuma yang pelik sikit tu jiran sebelah rumah jelah. Pagi tadi aku nak pergi kerja, boleh pulak dia duk intai kat pintu rumah dia, aku dah jadi serba salah. Nak kata dia senyum, tak ada pulak, tegur sepatah haram pun tak, dia hanya pandang je.
 Haish~ dahlah macam-macam cerita pelik aku dengar pasal dia before pindah ke situ. Agak seram jugaklah. Tapi aku just ignore je.

Btw, dalam sibuk mengemas rumah tu, sempat jugaklah jenguk ke dapur untuk masak hidangan bujang. Tu pun, sudah sekian lama tak masuk dapur.

Telur Itik Masak Lemak Cili Api



Bahan-bahan :
2 biji telur itik
10 biji Sayur Bendi (sayur eh?)
4 ulas bawang merah *dikisar
2 ulang bawang putih *dikisar
1 mangkuk kecil santan
1 potong kunyit *dikisar
1 potong halia *dikisar
10 biji cili padi *dikisar
Garam
minyak

Cara membuatnya :
- Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar
- Setelah naik bau, masukkan santan
- Masukkan sedikit air
- Masukkan telur itik. Biarkan seketika, bagi mengelakkan telur itu tidak pecah
-Setelah telur itik kelihatan masak, masukkan bendi
- Masukkan sedikit garam

Kebetulan ada telur itik kat rumah, tu yang sediakan resepi simple je. Nak keluar cari bahan mentah yang lain memang rasa malas nak keluar, badan tak hilang penat lagi selepas kemas rumah. Walaupun sehari suntuk kat rumah, masih banyak lagi nak kena settlekan. Bahagian yang paling cepat settle ialah dapur. Sebab? Aku suka masak dan suka makan. Kang kalau dapur bersepah, otak aku jadi serabut. See? betapa pentingnya dapur dari segala-galanya. ^_^


Meow~Meow~ :
Tak sabar nak bawak balik Arjun, Bella and Tommy next week. Sekali, Teman Penyayang out station kat Johor la pulak. Tak dapat nak ambik dia orang lagi. tsk..




THANK YOU FOR READING THIS!

3 comments:

  1. npe pindah duk sorg?
    ahaaa..nk tawen eh?
    ehehehe~
    p/s:telor itik msk lmk cilipadi mmg sedaaap!maklang ika ade bela itik so slalu la dpt telor itik free :))

    ReplyDelete
  2. alaaaaa..sedapnyer masak lemak cili api tu..mabeles..awat xanta ckit..telan air jer..klau i mgidam abis u tau...hek3

    ReplyDelete
  3. Ika: A'ah, kita nak tawen la. Yeay!! hahaha Telor itik memang peberet. Best dr telur ayam kot..

    Umihumairah:Tu la u, bukan nk singgah rumah i weekend tu. Kalo x, dah lama dpt merasa masak lemak berapi i tau. hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...