Monday, May 23, 2011

A lot of wishes today.

I wish a HAPPY BIRTHDAY for those who's born on 23 of MAY just same like ME! Yeah, today was my birthday peeps! Huwaaaa~~~ sob2 jauh dengan family, jauh dengan Teman Penyayang dan sob~ dan.. dan.. jauh dari girl-friend who is celebrated my birthday every year. But not this year. T_T

Jauh. satu je alasannya. Lokasi kami berbeza dan pada tahun ini juga tarikh 23 Mei jatuh pada hari Isnin yang menuntut kita semua supaya bekerja dan jangan memonteng semata-mata nak sambut birthday!
Akur dengan itu.

Bagi tidak mengampakan diri sendiri, maka diri ini telah menyambut birthday dengan lebih awal dari tarikh sepatutnya. Walaupun berada ditengah-tengah bulan dan poket sedikit kekeringan, namun ihsan serta jasa baik dari Teman Penyayang, telah menjayakan agenda sambut birthday seorang diri dan men'reward'kan diri sendiri dengan hadiah yang dicari sendiri. LOL~

Hari Sabtu baru-baru ini (dua hari sebelum birthday) saya telah merencanakan agenda berseronok seorang diri di East Cost Mall, Kuantan. The days began with collect tiket Nur Kasih The Movie kat kaunter sebelum merayau-rayau. 

Keluar seawal mungkin, tepat jam 10 pagi bagi mengelak parking penuh. Berjaya nampaknya. What do you expect, pukul 10 pagi, boleh kira dengan jari kot berapa bijik kereta yang ada kat ECM. Huh~~ sangat super excited nak tengok Nur Kasih dan shopping.



Sementara tunggu pukul 12.10 tengah hari untuk menonton Nur Kasih, lepak kat MBS jap untuk tengok-tengok novel omputih (novel omputih kau!!). Ni kes tersampuk kerajinan housemate memborong novel omputihlah ni. Sampaikan aku pun gila membaca.

Hampir satu jam duk melepak kat MBS, akhirnya membawa balik 3 buah novel yang berjaya mencuri tumpuan. Satu pun belum disentuh lagi. kahkah nak buat macam mana, novel Twenties Girl punnn aku tak habiskan lagi. 

Dah siap bayar semua, cepat-cepat menuju ke GSC. Sesampai je, wa terkejut gila. Betapa ramai umat manusia beratur untuk beli popcorn dan menonton Nur Kasih. Nasib baik aku sempat beli popcorn, kalau tak memang tak syoklah menonton wayang kalau tak mengunyah. Masuk je dalam panggung, pergh~~~ penuh dengan manusia-manusia. Tak ada satu pun seat kosong. Hebat betul penangan Nur Kasih The Movie ni.

Hampir 1 jam 40 minit dalam panggung, keluar je terus window shopping. Ekceli nak cari sebuah bag, which is 2 way bag exactly, blh dijadikan clucth and slig bag. Hari tu berkenan jenama Carlo Rino and Elle tapi masa pergi hari sabtu tu design yang i spot for one month ago was sold out!!. Sob2~

nway, its ok, so i decide nak cari benda lain yang menyeronokkan.

 Masuk kedai cd, kebetulan terjumpa cd 10 promises to my dog, which is aku memang cari sejak dua menjak ni since baca entry milik Little Parlour. Dah beli satu cd, sekali ternampak cd Hachiko la pulak, beli jugak, macam best je.

Then, tengah jalan-jalan tu, ternampak kedai Rucini buat sale besar-besaran punya. Sebenarnya tak bajet nak beli kasut pun tapi akibat tergoda dengan sales yang dibuat, so rembat la sepasang.

 Murah-murah je ni. ^_^

Then, perut dah rasa lapar time tu, tapi taknak juga makan selagi tak jumpa barang yang betul-betul diperlukan. I mean bag. So, pusing punya pusing, last-last masuk Parkson je. And suprise is dalam banyak-banyak butik yang aku singgah, beg ni jugak aku boleh sangkut.

Murah-murah jugak. Last month tengok tak berapa nak berkenan, tapi bila tengok last week, terus rasa mahu miliki. Kahkah
(dan-dan rasa nak miliki bila dah ada diskaun) T_T

Dah rasa puas dapat shopping sikit-sikit, terus blah nak isi perut pulak. Tapi on da way nak cari makan tu, boleh la pulak ternampak butik apa ke nama entah yang tengah buat sales dan clearance stok. Apa lagi, zasss masuk ke sana. Semacam ada hantu tarik tangan aku untuk masuk ke butik tu.
Tapi tak ada barang ladies pun, sumenya boy punya.
So dapat la rembat dua helai baju untuk Teman Penyayang.


Macam biasa la kan, time birthday dia, hadiah untuk aku wajib ada. So, bila birthday aku pulak, rasa macam unfair la pulak tak belikan any gift kat dia. Nasib baik sempat rembat baju murah-murah. Kahkah

Last sekali, barulah dapat makan dengan amannya sambil tersenyum lebar. Tu pun dikerah untuk pulang, kalau tak memang sampai ke malam berlegar-legar dalam ECM tu.

"Dah-dah, pergi makan cepat, nanti perut masuk angin, dari pagi tak makan. Lepas tu terus balik, kang banyak kereta lak malam-malam," olololooo baiknya Teman Penyayang.
(read : dah-dah balik cepat, kang habis duit duk lama-lama kat situ!) huh~

Makan kat all time peberet.. Black Canyon.

Ni namanya air tak boleh tahan.
Memang wajib order Black Canyon Cappucino Iced tiap kali jejak kaki kat sini. Sangat-sangat-sangat coollll.


"Prawn tom yam ni untuk 2 orang makan kak," Pelayan BC.

Hoi!! aku tengah lapar k. Makan untuk 10 orang pun aku boleh habiskan! Huh~~





Sekian untuk birthday ke-25!
Waa semakin dewasa. Patutlah mak suruh kahwin cepat-cepat.
Erk..
*_*

Meow~meow~ :
The best present i ever had is u always be my side dear. TQ a lot.

THANK YOU FOR READING THIS!

4 comments:

  1. happy belated birthday my dear.. i wish u all the happiness in the world... take care sis.. :)

    ReplyDelete
  2. Lady of Leisure : TQ Sis.. ^_^

    ReplyDelete
  3. happy belated bday hana!
    ingtkn kte sebaya..upernya hana lebih setahun..hehe.
    anyways,cnteklah beg tu!black canyon tu ktne?mcm best je :)

    ReplyDelete
  4. Ika : TQ Ika.. lor, Hana ingtkn kita sebaya gak. hehe
    Black Canyon yg Hana g tu kat East Cost Mall Kuantan tp kalo kt KL, Hana g kat Alamanda,Putrajaya. Tempat lain lak xtau ktne.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...