Sunday, May 22, 2011

Ini namanya TUNANG EKSPRESS derr!


Ingat bas je ke ada ekspress? Zaman sekarang, tunang pun ada ekspress tau. Tak ada dah nak ikut step by step bagai. Terus zasssss je. Si Boboy hanya perlu straight to the point dengan family Si Gegirl, terus menjadi.

"Makcik, saya nak memperisterikan anak makcik, boleh tak?" See, how gentleman is he?


Tu baru intro babe. Belum dengar full story lagi, bagaimana kekdahnya Si Gegirl menjadi tunangan Si Boboy.


Al-kisahnya, Boboy ni dengan tak berapa nak malu dan beraninya telah menghantar pesanan ringkas dan meng'call' mummy Gegirl yang berada nun jauh di kampung untuk memperisterikan Gegirl this year. Kata Boboy, dia nak kahwin this year gak after percubaan melamar Gegirl gagal pada tahun lepas dan lepas. Si Boboy ni amat penyabar dengan karenah Si Gegirl yang banyak sangat impian dan hasrat ingin dicapai sebelum disunting oleh Si Boboy. 

Maka, mummy Gegirl dengan tersangat cool dan sportingnya, mempersetujui niat baik Boboy tapi meletakkan syarat yang tak seberapa berat. Antara tujuh syarat tersebut ialah MEMBINA JAMBATAN EMAS, BERTARKAN INTAN BELIAN dari Pahang ke Kuala Lumpur. Alasannya,dengan adanya jambatan itu, kelak memudahkan Boboy melawat Gegirl saban minggu yang berada nun jauh di mata. Maklumlah sekarang zaman moden, istilah PJJ a.k.a perkahwinan jarak jauh sangat berleluasa dipraktikkan oleh wanita-wanita bekerja seperti Gegirl. KAHKAH

Tulah antara syarat yang mummy Gegirl letakkan, yang lain malas nak cite, kang ada yang cakap bangga diri pulak. LOL~
T_T

Ok. Cite yang betul.

SIYES. Mummy Gegirl hanya minta family Boboy datang ke rumah untuk berbicara dari hati ke hati mengikut budi bicara orang-orang tua untuk menyatukan dua insan sedang bercinta ini supaya bersatu dalam ikatan yang sah. (Eceh..terasa tahap bahasa aku tinggi pulak malam ni T_T). Mummy Gegirl tak mahu pun acara pertunangan diadakan disebabkan semua bajet dan tenaga mahu ditumpukan kepada majlis yang lebih besar kelak yang akan diadakan beberapa bulan lagi. Sangat cool mummy Gegirl ni.


Maka, Boboy membisikan khabar gembira ini kepada familynya. Namun, seperti yang sedia maklum, dah kata orang Melaka, yang penuh dengan adat, family Boboy takkan mahunya datang dengan tangan kosong untuk menyunting bunga di taman nun jauh di Kelantan. Malu katanya. Walhal mummy Gegirl sendiri yang pinta begitu. Sangat beradat.


So, nak dipendekkan cerita, seminggu sebelum kedua-kedua family berjumpa, Boboy sampaikan pesanan keluarganya yang akan datang penuh dengan adat kepada Gegirl. Mulalah kelam kabut Gegirl dan sekeluarga. Mana mahu menghias rumah, mana mau sediakan barang hantaran, baju tunang, MUA, PG bagai. Aduh.. sesak nafas betul.


So, dengan kudrat yang ada, Gegirl pulang ke kampung lebih awal (awal dua hari je pun sebelum majlis bermula) untuk siapkan semua keperluan. Takkanlah orang datang penuh dengan adat, kita membalas dengan tangan kosong sahaja. Tak manis di mata keluarga Gegirl.


HARI PERTAMA SEBELUM MAJLIS : mencari barang hantaran, mencari baju, menempah MUA dan PG, mencari barangan hiasan untuk menghias bilik (dah tak sempat nak tempah mini pelamin semua) etc.


HARI KEDUA SEBELUM MAJLIS : Menemani mummy mencari barang basah untuk masak esok harinya, menempah kek hantaran, mengubah barang hantaran, mengemas rumah, menghias bilik etc.


Betul-betul super duper busy.  
Alhamdulillah, walaupun secara ekspress dan mengejut, namun semuanya berjalan dengan lancar. Syukur sangat-sangat.

.Tulah kekdahnya, macam mana 
I AM OFFICIALY ENGAGED WITH TEMAN PENYAYANG. ^_^






 Meow~meow~ :

Nak rehat jap. Penat duk mengimbau kembali detik-detik sesak nafas tu. Next entry for the whole story about that ceremony.
Phewww~~ 


THANK YOU FOR READING THIS!

12 comments:

  1. hana tahniahhhhh, kite geng. sume tetiba haha.

    awk wat bile? kite bulan 11 iA. nnt nk gi awk kawen. heee

    ReplyDelete
  2. Hidayati Farhan : Tulah Yat, sume tetiba je..Hana awl sikit dari Yat, September. Kita pun nak g kenduri awk nanti eh. hehe

    ReplyDelete
  3. dah tunang!!!!wow!
    terkejutla mak nok!haha
    anyways,mmbina jambatan emas brtatahkan intan berlian tu sounds very interesting!akan cuba diusul!haha
    nnti ika nk kad kawen hana..bolehh?

    ReplyDelete
  4. Ika : Yes u can. Nanti kad dah siap, hana poskan. Jgn lupa bg email ika kt Hana nanti.

    ReplyDelete
  5. tahniah tahniah..patut la MIA

    ReplyDelete
  6. Sesemut : huh? apa tu MIA? hehe
    Nway, TQ.

    ReplyDelete
  7. Ra...selamat Bertunang .....
    tahniah-tahniah...

    ReplyDelete
  8. Princess Atiezue : TQ ti.. ^_^

    ReplyDelete
  9. Eyna Arina : Tq Ina. Wish for u gak nanti. Cpt2 eh. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...