Monday, January 31, 2011

REBUNG : elak terkena strok. Masak lemak punnn sodap!

Masa balik kerja hari Jumaat yang lepas, sempat ajak kawan pergi pasar malam dalam kampung. Siyes, pasal malam tu betul-betul kat ceruk kampung. Best gila ok pasar malam tu. Macam jenis ulam, sayur kampung yang dijual. Murah pulak tu. Kau bayangkan bapak serai yang besar-besar tu ada dalam 6 batang, baru 50 sen. Segar pulak tu, tak adalah layu semacam macam kat kedai taman aku tu.

Aku rasa rindu gilalah kat kampung bila pergi pasar malam tu. Lokasi pasar malam tu terletak di depan rumah orang kampung, jalannya kecik sangat, kebanyakkan gerai kat situ dilindungi dengan atap zink. So, in case hujan lebat, kau takkan basah punya. Pandai orang kampung kat situ pilih port nak meniaga, betul-betul dekat balai raya kampung dia orang. Strategik you'll.

Dah alang-alang pergi tu, sempat la beli barang basah untuk masak for hari minggu yang lepaskan. Ekceli pergi sana memang nak cari sayuran kampung tapi macam tak berselera la pulak nak makan sayuran hijau ni, last-last beli rebung. Satu bungkus RM2. Banyak pulak tu. Pastukan nak tambah aksesori dalam masakan rebung tu, harus la beli udang kan. Ya ampun bukkkkk~~~ :-p udangnya besau-besau dan murah sangattttttttttt. Percaya tak aku beli udang sebanyak 10 ekor baruuuu je RM2.00. Gila kau terkejut masa tu. Kalau aku compare dengan kedai Cina kerek tu, ada dekat RM5, RM6 kau! huh~


MASAK LEMAK REBUNG

Bahan-bahannya :

Rebung yang sudah dihiris bulat

udang

serai *diketuk sebatang dan dihiris sebatang untuk dikisar

santan *Asingkan santan pekat dan cair

cili api *dikisar

kunyit *dikisar

halia *dikisar

bawang adik beradik (bawang merah dan putih) :-p *dikisar

garam


Cara pembikinan :

Tumiskan kesemua bahan yang dikisar tadi sehingga masak dan nampak sedikit garing. Jangan  hanggit pulak tau. Nape perlu garing sedikit? Supaya cili api tu betul-betul masak. kang tak pasal-pasal sakit perut bila makan.

Masukkan serai yang diketuk.

Masukkan santan pekat. Kacau, biarkan ia menggelegak sedikit.

Masukkan santan yang cair pula.

Masukkan rebung.

Masukkan garam.

Masukkan udang selepas rebung hampir masak. Udang jangan masak lama sangat.



Tara!!!! Siap dihidang..


Syahdu je makan masak lemak rebung sensorang. Teringat kat kampung. Satu family suka makan rebung. Kalau tak buat masak lemak, kadang-buat masak sambal rebung, lagi sedap celur je rebung, buat ulam, cicah budu. Mabeless~~


You'll makan tak rebung? Rugi babe sape tak makan. Hilang nikmat dunia. haha



Walaupun baunya busuk, tapi sedap!



Meow~meow~ :
Pernah terbaca info yang mengatakan rebung kaya dengan serat dan kalium. Dikatakan dapat MENGELAKKAN DARI TERKENA STROK.

THANK YOU FOR READING THIS!

4 comments:

  1. seyesly?
    sy sukaaa rebung gak.ari tu wat rebung msk camni lah.taruk udang byk2.sedap sgt :)

    ReplyDelete
  2. Ika : memang sedap. Tapi Hana lagi suka masak lemak rebung taruk perut lembu. Tapi ari tu xde jual perut lembu. hukhuk

    ReplyDelete
  3. tengs sebab sudi jenguk blog saya...

    BTW..saya tak pernah makan rebung..sebab bau dia lain macam..hehe..tapi ramai yang suka rebung nih..hehe **enterprem jap**

    ReplyDelete
  4. Farah Fauzi : Cuba la. sedap rasanya. Macam petai, walaupun busuk tapi sedap! hehe

    btw, tq too drop by here. ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...