Thursday, January 13, 2011

Peberet buku : perihal orang kahwin. Kau?

Semalam duk mengemas buku-buku dalam bilik, dah banyak sangat, daripada komik, magazine sampailah ke buku ilmiah, semuanya ada tapi masih lagi ada yang tertunggak pembacaannya. Bukan apa, memang tak sempat nak baca, balik kerja je dah tidur awal. Hari minggu jelah sempat belek-belek, tu punnn aku baca komik je.. haha

So, buku-buku yang bersepah tu, aku nak kemas sikit. Buku-buku tu semua tak berada pada kedudukan yang betul. Lokasi buku yang paling HOT dalam bilik aku adalah bawah bantal. ahah. Komik katak, readers digest, komik kartun jepun toksoh cite la, memang berlambak bawah bantal aku. Tu la bahan bacaan aku sebelum terlelap. Aku sangat suka membaca sebelum tidur, lagi-lagi komik jepun, yang kartun heronya hensem-hensem, macho cet, kartun pun boleh jadi membuatkan aku tidur dalam aman dan silap hari bulan boleh mimpi-mimpi lagi. heh.

Pastu kan, tiba-tiba teringat satu buku PEBERET yang aku baca since sekolah dulu lagi, dah cuak cari tak jumpa. Tiba-tiba teringat, aku pernah bagi housemate pinjam buku tu. Tanya housemate, rupanya buku tu duk atas meja makan. See? aku memang macam tu, buku bersepah, baca kat situ, duk kat situ. Tak terusik. Sampailah nak baca semula buku tu, baruuuuu aku cari.

Bukan nak membebel akan tabiat aku yang suka sepahkan buku-buku tapi mau ketengahkan buku peberet since zaman pakaian seragam putih biru lagi. This book, aku beli kat bandar untuk dihadiahkan kepada kawan yang nak kahwin after tamat persekolahan dulu. Aku ada terfikir gak nak bagi perkakas rumah, tapi bila difikir balik, mesti dah ramai sangat yang akan bagi set cawan ni. Err.. just set cawan untuk kawan kahwin? Ok. Let me explain. Masa tu kan aku masih belajar lagi, mana mampu nak beli pinggan mangkuk dan perkakas rumah yang mahal-mahal untuk member kahwin, so aku cari la hadiah lain yang aku kira best as a wedding present.

And this is the best wedding present yang aku boleh bagi that time..



Korang rasa best tak? Sila cakap ye. Korang tengok je buku ni tajuk macam entah apa-apakan, entah buku apa aku bagi kat kawan kan tapiiii sumpah buku ni best sangat-sangat.

First time aku tengok buku ni kat kedai buku, terus aku capai. Baca kandungan buku tu, perg~ memang sesuai untuk budak-budak muda yang nak kahwin. Nasihat dan tunjuk ajar dalam urusan rumahtangga diceritakan dengan begitu simple dan sempoi. I tell youuuu~~.
Padahal nak bagi kat kawan tu, boleh pulak g terbeli kat diri sendiri. rasa gatal pulak time tu baca buku orang kahwin. wakaka
Aku dah khatam empat,lima kali buku tu, sebab jalan ceritanya enjoy dan mudah difahami. Tak boring walaupun ia berkenaan urusan suami isteri. heh.
So, dengan bangganya, aku nak declare yang aku dah fasih dengan ilmu rumahtangga, soooo aku nak share pulak dengan korang, apa yang aku baca tu. Boleh?
Aku tak kahwin lagi tapi aku dah expert bab-bab kahwin. kau ada??
Hahaha 
sumpah annoying sungguh.. lantak.

T_T

Buku tu banyak part tau, so aku cerita satu-satu ek.
Tapi bukan sekarang la. Next entry ek.
Biar aku study sekali lagi, pastu aku buat sinopsis sikit, baru korang faham ilmu yang nak disampaikan oleh penulis. ekeke~









THANK YOU FOR READING THIS!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...