Tuesday, January 11, 2011

Mata waa LEBAM.

Semalammmmmm dan semalam sebelum semalammmmmmm,
sayaaa dan mata sayaaa.... berpesta sakannnn dengan menyaksikan keindahan nyanyian lagu-lagu moden dan tradisional. Saya membiarkan mata saya menemani saya sehingga awal pagi. Sekarang mata saya mau tersembul keluar. Pedih, perit dannnn mengantuk yang amat. Ampun, saya buat kerja dengan lembap sangat hari ini.


Pada malam sebelum semalam,
????
 apakah??
ok, hari ahad malam, yang malam AJL tuuu, mata dah sudi menemani sampai lewat malam semata-mata mau menonton AJL sampai habis. nak dijelaskan ye, mata saya manja, mau didodoi seawal pukul 10 malam. Bila  waktu kebiasaan tidur dah terbabas, maka after habis je AJL, mata tak mau tidur pulak dah. Ok. Ini tak ada kaitan dengan Yuna yang tak menang ye, tak memberi kesan pun walau harapan tinggi menggunung nak tengok dia menang.

Berhempas pulas nak bagi mata lelap, siap Arjun dodoikan aku bagai, best dia duk melentok atas leher aku, pastu siap pi jilat-jilat muka aku, bajet mau dodoikan aku la tu. Huh~ langsung tak berjaya usaha anak kecik tu. Bukan buat aku mengantuk tapi lagiiiiii menyegarkan mata aku. Hidungnya punyalah sejuk kat muka aku, agak-agak boleh aku tidur? Huh~ tak adanya. Last-last dia tertidur sendiri. ^_^ comell muka dia tidur tapi kentut dia busuk. Cet~ tengah tidur atas leher aku, boleh lagi terkentut tu, haram bau.. sabar jelah.

Kisah hari KEDUA mata berpesta pulak, adalah malam tadi. Aku pi tengok benda alah ni.




Walaweiii~~ aku pergi tengok orang deklamasi puisi tuuuuuuuu.... hahahaha
Sumpah, aku minat dengan puisi ni. Tenang je dengar dia berpuisi. Macam-macam gaya. Meremang bulu roma aku. Tak rugi pergi semalam. Tambah-tambah tema puisi semalam ada perihal PEMBUANGAN BAYI, memang sedih gilalah kan, bagaimana pemuisi semua lunak mengalunkan suara perihal barah yang makin merebak di bumi tercinta ini. Eceh~maaf, saya terkena panahan puisi malam tadi.

Dan
yang paling membuatkan aku meroyan nak pi tengok malam puisi tu adalah pemuisi pujaan hati kuuuuu

Sumber : Google.com


Prof. Madya Dr. Lim Swee Tim. I'm adore him. Meremang hokei bulu roma aku time dia berpuisi tanpa diiringi sealunan muzik sekalipun, hanya laungan suara dia sahaja cukup menyepikan dewan seketika. Kalau kau memang suka dengar puisi, kau akan tau how i feel that time. Aku rasa nak lempang diri sendiri sebab tak rakam masa dia berpuisi tu. Lembab, tak capai kamera. Arghhh.. tak boleh maafkan diri sendiri. Rasa macam kena pukau pun ada gak masa dia naik stage, terus berpuisi, aku like ternganga. Sumpah, kalau time tu terang benderang dalam dewan tuuu, malu babe orang tengok muka aku. Fuhh~~ nasib baik semua gelap gelitaaa.

But, a little bit frustrated bila tak dapat jumpa dia face to face.. really want to say hi to him.
You know what?? two chinese man yang aku adore sangatt was him and my lecturer, Professor Emeritus Tan Sri Dato` Dr. Khoo Kay Kim.
Well, it's not my luck to see him last night. Poor me.. T_T 
How ever, i must say, i'm the lucky one to be there last night to share and feel his spirit.. Amazing.

Well, selain beliau, ada gak Ramli Sarip, yang sememangnya dinanti ramai. Dia siap nyanyi lagu 5 lagu puisi lagi. First time aku dengar suara dia secara live, memang superb gila. Member aku memang minat la kat dia, siap rakam lagi. Tiba-tiba dengki, aku tak rakam Lim Swee Tim. Selain itu, ada jugak asyraf tak silap aku, yang pemenang Program Imam Muda, Fyyn Jamal, Cicik yang juga peserta Imam Muda musim pertama kalau tak silap and you know what? pengacara majlis malam tu adalah Ahmad Fitri Yahya, orang TV3 tu. He did a great job. Kelakar habis. Well done all.

The rest behind the event, boleh tengok kat bawah. Cekidaut~~~



Dengan officemate, sebelum acara bermula.


Owh.. yang bertudung putih ni bukan offiemate ye. Ini anak Sister Qasehumaira.  Tiba-tiba rasa tergugat dengan kecomelan budak ini. T_T



We all duk jauh ke belakang, tak mau duk tengah-tengah. Crowded, tak feel nanti, bising.. Hahaha Time ni majlis baru nak mula. Dalam setengah jam tu, dah penuh, tak ada kerusi kosong, siap ada yang berdiri lagi kat belakang kita orang. Pantang angkat bontot nak pi toilet, ada la kerusi dirembat orang nanti. Huh~



Jangan salah faham. Ini bukan dalam dewan. Ini kat opis. Majlis tu dah habis around 12 a.m., so we all bergegas ke office untuk kemas apa yang patut.
Tapi, ada nampak macam tengah kemaskan opis ke? T_T




Kuciwa, tak dapat ambik gambar dengan pujaan hati, so, cari alternatif lain untuk hiburkan hati. Tsk.



Saya dah rasa sedikit terhibur dapat ber'camwhore.



Hehehe saya happy.
tengah bergambar, tapi mulut still bebel tak dapat jumpa BELIAU. member sabar je dengar. T_T



Ni, member yang layan perasaan waa semalam.
She belongs to someone else. But i'm still single. Anybody? testing~testing~ test market. Paanggg! penampar sedas.


T_T



Meow~meow~ :
Waa tak sabar nak balik, mau qada' tidur.. Huarghhhh... mata lebam.

THANK YOU FOR READING THIS!

2 comments:

  1. mata lebam pun tapi masih maintain ayu gitu phewwitt hehe

    ReplyDelete
  2. Lady of Leisure : hehe seronok punya pasal kak.. tq.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...