Saturday, January 15, 2011

Cinta Tak Perlukan Alasan

Gadis : Kenapa awak cintakan saya?

Teruna : Kenapa awak nak tahu?

Gadis : Kenapa? Saya tak boleh tahu?

Teruna : Saya tak tahu kenapa saya cintakan awak.

  
Gadis : Bermakna awak tak cintakan sayalah.

Teruna : Bukan. Saya cintakan awak tapi saya tak tahu macam mana nak jelaskan kenapa saya cintakan awak.

Gadis : Awak tipu. Kawan saya selalu bagitau saya, kenapa pakwe dia jatuh cinta kat dia.

Teruna : Kenapa?

Gadis : Kawan saya cantik, lemah lembut, pandai ambik hati dia, pandai masak, manja, suka ketawa dan macam-macam lagi.

Teruna : Awak mahu dengar semua tu barulah awak percaya saya cintakan awak?

Gadis : Dahlah. Awak memang tak cintakan saya.


Selepas beberapa hari..


Teruna : Awak.. hari tu awak ada tanya saya kan, kenapa saya cintakan awak? Awak marahkan bila saya tidak bagitau sedikit pun alasan kenapa saya cintakan awak? Sekarang biar saya bagitau awak kenapa saya tak mampu jawab soalan awak itu.

Gadis : -

Teruna : Saya cintakan awak bukan sebab awak cantik,bukan sebab awak lemah lembut, bukan sebab awak pandai ambik hati saya, bukan sebab awak pandai masak, bukan sebab awak manja sangat, bukan sebab awak suka ketawa. 

Gadis : -

 Teruna : Kerana jika saya mencintai awak sebab awak cantik, lihatlah diri awak sekarang, cantikkah rupa paras awak yang pucat ini? Lemah lembutkah tingkah laku  awak untuk melayan saya sekarang? bolehkah awak mengambil hati saya saat ini? mampukah awak menyediakan makan minum saya sekarang? bolehkah awak memberikan senyuman manis dan gelak ketawa kepada saya sekarang? 

Gadis : -

Teruna : Jika itulah semua alasan saya sebab menyintai awak selama ini, saya rasa tidak ada sebab untuk saya terus bersama awak lagi.

Gadis : -

Teruna : Sekarang awak tahukan kenapa saya tak mampu menjawab soalan awak itu? Saya tidak punyai alasan untuk menyintai awak kerana pertama kali saya mengenali awak, hati saya berdetik, awaklah cinta yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. untuk saya.


Si Gadis hanya mampu membisu tatkala badannya terbaring di atas katil, di sebuah ward akibat kemalangan. Si Jejaka hanya mampu berdoa dan berdoa, semoga masih ada sinar untuknya bersama Gadis yang dicintainya.




Cinta tak perlukan alasan. 


 




THANK YOU FOR READING THIS!

2 comments:

  1. sedihnya baca..semoga gadis itu cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. Imanshah : simbolik semata-mata.. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...