Thursday, December 8, 2011

Spontaneous Thursday: Enjoy the feeling

Enjoy the nausea and vomiting sensation..
Everything i like turns to the thing i dont like most. Vice versa.
And guess what? B to the L to the O to the G is the one of the victim here.
Hazab nak hadap blog sekarang. Lebih suka bukak FB.
Mual tengok makanan best-best kat blog.
Mula menjadi manusia anti-makanan dan anti-blog.
 

"the nausea and vomiting sensation usually begins in the 6th week and will stop by the starting 0f 12th week, and there are many more who will suffer the vomiting till 36th week"
God. I choose 12th week.
Now in 8th week. 4 weeks to go. 
Macamlah kan? =_="




Hope everything going fine sooooooooooooooooon.

THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday : Birthday Present for HIM.


4 SEPTEMBER 2011




AND......





AS HIS WISH.....
































Meow~meow~:
Rasanya AZAM TAHUN 2011 dia tercapai kot.





THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, November 18, 2011

RESEPI : Lagi... lebihan daging korban.

Nah, resepi lagi. Memang busy sangat-sangat. Tak sempat nak story mory yang best-best. Nak BW pun tak sempat. Just update resepi bagi mengurangkan rasa bersalah, blog terabai. T_T
 
SUP TULANG MABELES
Bahan-bahan:
 Tulang (I suka tulang rusuk lembu)
Sup bunjut tulang
Rempah 5 saudara
Bawang merah dan bawang putih
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng (i suka goreng sendiri)
Cili padi
Limau nipis
Garam

Cara memasak:
- Rebuskan tulang dalam periuk tanpa masukkan minyak.
- Setelah air dalam periuk mendidih, masukkan sup bunjut, rempah lima saudara, bawang merah dan bawang putih serta garam.
- Untuk pastikannya masak, make sure ambik seketul tulang, tanggalkan daging dari tulangnya, if senang tercabut, thats means, dah masaklah tu.
- Then, masukkan dalam mangkuk, taburkan daun sup, daun bawang, cili padi dan perahan limau. Siap dihidang.
 

 KACANG GORENG DAGING BERLADA

Bahan-bahan:
Daging
Kacang panjang
Bawang merah dan putih - kisar
Cili padi - kisar
Halia - kisar
Bawang besar - dihiris
Sos tiram
Garam
Minyak

Cara memasak:
- Rebuskan daging di dalam kuali, setelah daging empuk, dan air sudah kering di dalam kuali, hanya masukkan sedikit sahaja minyak.
- Then masukkan bahan-bahan yang dikisar.
- Masukkan kacang panjang yang telah dipotong
- Then, masukkan sos tiram dan sedikit garam.
- Siap untuk dihidang.

"Besaunya potong bawang. Nak bagi biey tercekik ke ape ni?" - Teman Penyayang ........ "Alaaa.. sorry. nak cepat tadi". - I .......... "Tercekik pun tercekiklah, janji sedap."- Teman PenyayangBAHAH

 SAMBAL BELACAN MELETOP

Bahan-bahan:
Cili padi
Belacan
Bawang merah (seulas)
Bawang putih (2 ulas)
Limau kasturi
Garam
Gula

Cara memasak:
- Bawang merah, bawang putih dan belacan dibakar terlebihd dahulu
- Masukkan cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan yang telah dibakar, then ditumbuk sehingga hancur.
- Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan perahan air limau kasturi dan kulit limau kasturi yang telah dihiris nipis.
- Masukkan garam dan gula.
- Siap untuk dihidang.

Nak tumbuk cilinya bukan main malas, tapi bila dah siap, lajuuu je habis. Kesian gak kat Teman Penyayang asyik baham budu je, sekali sekali nak jugak merasa sambal belacan bininya. Tapi demand tu. Nak sambal belacan macam ma buat. =_="

 
 
 
 
Meow~meow:
Ampun, tak sempat nak BW. Next week out station. Lagilah tak sempat nak jenguk dunia blog ni. Tunggu i BW ye kawan-kawan. 
 
 
 
 

THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, November 17, 2011

RESEPI : Black Pepper Beef Steak

Hari tu kannnn.. kan baru belajar masak something special kat Teman Penyayang. So, today, nak sharelah resepinya kat sini. Actually, ada story nak bagitau tapi memandang sejak dua menjak ni i sangatlah busy, maka cerita tu postpone dulu.
I nak share resepi beef steak. First time buat. I masak sebanyak 6 ketul daging (daging korban yang di bawak dari kampung :-p), then hidangkan kat Teman Penyayang sebanyak 4 keping, licin dia makan. Then siap nak tambah lagi. Then, i cakaplah dah habis. Sebab 1 keping i rasa tadi masa masak, coz nak tau betul-betul dah masak or tak. Then sekeping lagi, i termakan, coz dah lapar, nak menunggu dia sampai pukul 2 pagi. Then betul-betul tinggal 4 kepinglah for birthday boy. Hahaha

Then he request to cook again later. So, kesimpulan i dapat buat, menjadilah kot i buat beef stick tu, sampai dia mintak tambah. Kan? Hahaha

Nah, resepinya. :-p

FIRST : Rebus 4 3 biji ubi kentang without kulit, then dah betul-betul lembik, lecekkannya seperti di atas.

SECOND : Perapkan daging dengan lada hitam (yang ditumbuk) + sos bbq + sedikit garam
I guna sos BBQ ini. Sedikit pedas. Tapi sedap.

THIRD : Dah perap selama sejam, bakar daging tersebut dengan api perlahan atas pan. I love this pan. My ex-housemate give me as wedding present. TQ dear. ^_^
FOURTH : Bahan-bahan untuk sos, CENDAWAN, KACANG, DAUN KUCAI, CILI BENGGALA, BAWANG MERAH dan SERBUK LADA HITAM (ready made)

Ini serbuk lada hitam i guna. Sedap tau.

Mula-mula tu, tumiskan bawang merah, then dah naik bau, masukkan serbuk lada hitam yang sudah dibancuh air, kacau sebentar dengan api yang perlahan, then masukkan all item seperti dinyatakan di atas.
Daging dah masak, sos dah masak, kentang putar dah siap lecek, kentang goreng dah ready, so time to deko. :-p
Comot i deko. haha tak pandai.


Special for hubby. ^____^

Then, sos i buat tu lebih banyak tau. so, i recyle (i mean panaskan semula), buat satu lauk untuk lunch esok harinya. Just potong daging, then campurkan dengan sos tersebut. Terbaik k. ^_^

Daging masak lada hitam.

Easy kan? All the recipe i got from SAJI magazine. Bila tengok balik all the food, i jadi lapar pulak. Nasib baik dah tapau awal-awal nasi for lunch. Tapi gigih update blog dulu, before get lunch. haha
Till then. Daaa. :-p

THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, November 16, 2011

NOT-SO-Wordless Wednesday : Strawberry Kicap. Kau adaaaaa?

























Kicap + Cili padi + gula = mabeles
























































  




Coklat nan hado, kicap hado.
Kau mampuuu???
 





 

Meow~meow~:
Berdoa tidak sakit perut hari ni.
Hahaha 

THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, November 15, 2011

Shell Contest "Pam & Rebut Peluang Memenangi RM500,000"

 
Pernah dengar Shell Contest "Pam & Rebut Peluang Memenangi RM500,00" ? Anda pernah isi borang peraduan tersebut selepas mengisi minyak di Shell?

Jika YE, anda memang kategori rajin dan komited untuk memenangi hadiah lumayan RM500,000 tersebut. 

Jika TIDAK, anda sebetulnya tak kisah peraduan itu wujud atau tak ATAU PUN anda seorang "macamlah boleh dapat". Kan?

Saya kategori TIDAK. Haha

Tapi, Teman Penyayang kategori YA.

Maka, bulan yang lepas, beliau telah memenangi peraduan tersebut.

YEAAAYYYYY!!! Uhuuuuuuu

Hahahaha

Kemain excited dia called i nak bagitau menang contest tersebut. I apa lagi, memang teruja lah beb. RM500,000 kauuu. Sape nak bagi?
 
Cer fikir? Siapa nak bagi?
Hah? Tak ada kan?

Nasib beb.

Nasibb....

The truth...
MEMANG TAK ADA SIAPA-SIAPA NAK BAGILAH HANA OOII! SHELL BAGI BAUCER RM100 JE PUN. Hahaha

Saje tau Teman Penyayang. Nak usik i. Tapi bersyukur jugaklah dengan rezeki beliau. Walaupun isi minyak hampir RM30 sehari, pulangannya hanya RM100, Alhamdulillah.
 
Baru guna sekeping, beli makanan merepek.
 
Dapatlah jugak merasa hadiah kemenangan tu. Ingat nak isi minyak semula baucer yang kita orang dapat tu, tapi bila baca Terma & Syarat kat belakang baucer, memang hampehlah. Pandai ye, TIDAK BOLEH MENEBUS BARANGAN SUBSIDI. (Petrol, top up, rokok etc yang ada kat Shell).

Bijak dia.

So, we all boronglah makanan yang ada kat Shell pada hari Sabtu yang lepas. Kita orang baru guna 1 kupon. 

Memandangkan barangan kat petro palm agak mahal dari kedai biasa, maka, berapa banyak sangatlah barang makanan yang kami dapat dengan baucer RM50 tu. Kami beli apa yang rasa nak makan je. Jadilah mengunyah diwaktu petang. Hehehe

Semua makanan peberet i. Dalam bekas tu adalah kacang tumbuk, tu je yang Teman Penyayang nak. Haha

Masa tebus baucer tu, nasib baik Shell ada sediakan bakul nak letak barang tau, kalau tak, jenuhlah kami memikul barang-barang tu. Ada sorang pekerja Shell yang tengah susun barang kat rak tegur Teman Penyayang:

"Banyak beli barang bang, macam shopping kat tesco je. Nak jalan jauh ke? "
Pekerja Shell. Pekerja kat kaunter dah maklum kami menang baucer tu. Kami tunjuk kat kaunter dulu sebelum borong barang.

"Dapat baucer free dik. Makanan jelah dapat beli pun." Teman Penyayang.

"Wow.. pestime ni jumpa pemenang peraduan Shell datang kat Shell ni. Taknak ambik gambar depan Shell bang?" Budak tu.

"Tunggu dapat RM500,000. 1 Shell, aku pusing bergambar." Teman Penyayang

Hahahahahahaha
 
Nak tergelak. Tak tahan. Budak tu memang lawak gila, dengan mukanya bercakap. Teman Penyayang lak melayan. Sambil kami pilih barang, sibuk dia syorkan ambik makanan ni, makanan tu. Siap hulurkan kami kalkulator lagi supaya beli ngam-ngam dengan baucer RM50, kang bila dah terlebih kena bayar sendiri lak.


Seronok gak memang peraduan ni. Dapatlah merasa barang free. Paling penting, rasa diri agak bertuah jugaklah, walaupun 10 tahun sekali menang dalam peraduan. hahaha

Bincang dengan Teman Penyayang, agak-agak nama dia dah pernah naik sekali menjadi pemenang baucer RM100, mesti next time nama dia dikecualikan tu.

"Apa kata, lepas ni, biey isi borang, taruk nama sayang pulak, mana tau kot-kot nama sayang pulak yang naik." - I

"Sayang pernah memang apa-apa peraduan?" - Teman Penyayang

"Belum pernah." - I

"Kesian. Tak ada tuahlah tu. " - Teman Penyayang.


Dia ni kan...
 

Meow~meow~:
Eh, lupa. I pernah menang peraduan tau. 
Menang kaset kumpulan Westlife masa form 2 tak silap. Isi borang Majalah URTV. ---> macam mana boleh lupa nih depan Teman Penyayang.


Hahaha



THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, November 14, 2011

Flashback : 7-eleven, his birthday.

Sebetulnya, pada tanggal 11.11.11, ingat nak update something yang sweet lagi simple. :-p 

Kononnya nak cakap macam ni:
"Search and learn something new. Hope everything going well tonite and he enjoy with it."


Tapi, memandangkan Jumaat yang lepas sangat huru hara dan menyesakkan nafas, maka ia berlalu begitu sahaja. Walaupun begitu ramai kawan-kawan yang update berkenaan 11.11.11 dan seolah-olah, jari jemari i yang tak berapa nak runcing ni terpanggil-panggil sama untuk mengetuk keyboard, namun apa kan daya, tidak mampu mencoretkan apa-apa pada tarikh tersebut. 

Walhal, jika diikutkan, i kot orang yang paling excited nak update story di tarikh yang cantik ini. Untuk dapatkan elemen keperpercayaan, boleh KLIK kat sini. :-p  Percaya kan? Haha

Actually, malam 11.11.11 tu tak ada pun special just nak celebrate birthday Teman Penyayang. Sebetulnya birthdaynya pada 7 November atau lebih mudah ingat ialah 7-eleven, tapi that time tak sempat sambut coz kami on da way pulang ke Kuantan. Kesian dia. First time tak sambut birthday. Hehe

So, Jumaat malam yang lepas, i masak sesuatu yang dia suka. Gigih cari resepi tau. Bajet nak buat kek Pavlova, satu appertizer, main course, dessert and last but not least ialah one special kiss.muahahaha


Main course. BLACK PEPPER BEEF STICK.
 
Menu sampingan. POTATO CHEESE. Lupa dah nama sebenarnya. Haha Teman Penyayang suka sangat ni.
Dessert. BANANA SPLIT.  Excited hidangkan awal-awal, last-last jadi cair. haha

Thats all yang i masak. PAVLOVA tak jadi buat coz kat Tunas Mart tak ada jual whipping cream. Sedih gila. Tak ada kek for him. Then called mum, mum suruh buat kek coklat je tapi serbuk koko pulak i tak beli. Grrrrr... rasa nak ketuk diri sendiri dengan lesung batu.

While untuk appertizer lak i ingat nak buat CREME BRULEE also use whipping creme. Dah namany krim tu tak ada, so memang tak boleh buat jugaklah nampaknya. Sedih sangat. Dua menu special, i tak dapat buat. I think if menjadi kedua-dua menu tersebut, sure Teman Penyayang impress gila-gila lah, mungkin siap suruh bukak bakery nanti. Hahahaha 

Gila berlagak kan? thats why perancangan tak menjadi tu. Haha

Tak kiralah, nanti i nak cuba buat jugak. 

Then, this time jugak i tak ada bagi hadiah apa-apa pun kat dia. I tanya if he want something but seperti yang i dugalah, namanya Teman Penyayang, mana dia nak benda-benda merepek ni. For him, barang yang i bagi, biarlah praktikal untuk dia gunakan. 

If i hadiahkan jam tangan, which is tak pernah lagi i bagi kat dia, confirm dia taknak, coz jam tangan dia still ok and in good condition. Masa kahwin hari tu, i pernah mention nak bagi jam tangan tapi dia tak nak. 

Then, i tanya nak kasut, kemeja, wallet or something else? He reply, all in stock. Yang bagi masa hantaran hari tu pun, ada yang tak digunakan lagi. 

So, what else yang tak ada dalam stok dia? Pening tau fikir nak bagi apa. Unfair lak tak bagi apa-apa, sedangkan bila birthday i, sebulan sebelum birthday, dia dah tanya nak apa and i pulak memang dasar-pantang-ditanya, cepat-cepat senaraikan nak apa. Hahaha

Maka, semalam dengan muka yang betul-betul iklhas, i tanya sekali lagi, dia nak apa.

He reply :

"Eh..bukan hadiah special untuk biey, dah on da way ke??"



APAKAH? I tak pernah janji apa-apa pun. I thought dia kecik hati tak nak bagitau apa hadiah tersebut, manalah tau, i ada janji, then terlupa ke, sampailah dia kecik hati.

"Takpe, biey sabar tunggu walaupun lambat sampai"


Ok. Dia betul-betul buat i jadi musykil.
APAKAH?





THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, November 9, 2011

I'm not special BUT i'm limited edition

Siapa layan drama Korea, MY BITTERSWEET LIFE kat KBSW? Best gila ok cite tu. Semalam adalah tahap leleh yang paling maksimum bagi i. Drama ni main tiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.23 pm hingga 8.02 pm. Rugi tak tengok tau.:-p

Semalam, tengah syok tangkap leleh bila tengok cite Korea ni, boleh pulak Teman Penyayang hantar sms macam ni:
Takde perasaan bila baca sms Teman Penyayang hantar. Dah kata tengah sedih, kan??
Awal-awal i dah solat tau. Balik kerja, terus solat Asar, then rehat jap layan cite Nada Cinta, then pi mandi, terus solat Maghrib. Barulah layan cite Korea. Sumpah, kalau tak solat Maghrib lagi sewaktu Teman Penyayang hantar sms tu, memang solat dalam syahdulah jawabnya.

Mana taknya, memang sedih gila ok episod My Bittersweet Life semalam. Habis sekotak tisu, duk tadah air mata. Tak tahan. Macam i je Eunim. Hahaha gila kan? Sampai macam tu sekali layan cite Korea.
Kalau Teman Penyayanga ada ni, kaw-kaw kena kacau kat dia. Sedangkan layan Hindustan tiap hari Sabtu dengan dia pun, i boleh nangis. Tergelak sakan dia tengok. Bila i sentap, and nangis betul2 baru dia sibuk nak pujuk. Hahaha
Tapikan after sejam lebih menahan sebak tengok cite Korea, (cite koreanya tayang setengah jam je, tapi yang kau bersedih lama nau nape, Hana?) i tengok semula sms Teman Penyayang hantar. Tergelak besar je.

MY LIMITED EDITION GIRL kau! hahahahahahaha

KISAHNYA..
Hari Isnin baru-baru ni, sebelum bertolak ke Kuantan, kan i singgah kat rumah mertua BIL kat Wakaf Che Yeh. Depan rumah dia orang ada pokok rambutan yang sedang lebat berbuah. I ni bukanlah jenis manusia yang gemarkan rambutan. I think, rambutan adalah buah yang terakhir kat dunia ni, akan i makan. Sebab susah sangat nak makan buah rambutan, leceh, complicated. Boleh?
Sangat mengiurkan, merah menyala tapi kenapalah kau susah untuk dimakan wahai rambutan? :-p APAKAH HANA?
So, mertua BIL hidangkan kat kita orang buah rambutan tersebut and siap bagi kat kita orang bawak balik Kuantan and KL lagi. Nak dijadikan cerita, masa kat rumah mertua BIL, i rasa terliur sangat nak makan rambutan tersebut sebab warnanya yang merah menyala dan tengok Teman Penyayang kemain cakap sedap, manis rambutan tersebut.

Then, i mintaklah pisau. Semua orang terkejut ok, bila i mintak pisau. Teman Penyayang ingat, i mintak pisau sebab i tak suka gigit kulit rambutan tersebut untuk kopek kulitnya, tak pun i jenis tak pandai kopek kulit dengan tangan.

TAPIIIII, bila i cakap nak guna pisau untuk potong isi rambutan tuuuuu, semua duk pakat gelak. SERIUS k. I memang tak pandai nak makan buah rambutan macam tu je. 

I suka potong buah rambutan macam ni. Ambik isinya je.
 
I tak suka bila gigit, kulit keras rambutan yang melekat kat bijinya tu, tertanggal. Rasa tersekat kat kerongkong bila makan. Boleh tercekik and muntah if i telan. I tak tau kenapa i rasa macam tu. Memang sejak dari dulu lagi, tekak i tak boleh terima kulit keras kat biji rambutan. Tapi kalau telan biji buah dokong yang sah-sah keras gila tu, sanggup pulak. Haha

Bila i potong, kulit putih je kelihatan. Macam ni baru best.





Bila gigit, sure kulit keras kat biji akan tertanggal. Tak suka.
Bila kulit keras kat biji tercabut, pasti akan melekat kat buah rambutan tersebut. Kulit keras tu boleh buat i muntah bila makannya. Tak sedap. Tak suka.
Now dah fahamkan? For me, buah rambutan sangat complicated untuk di makan. Makan ketam lagi senang. hehe


But, for Teman Penyayang, he said:

"First time jumpa spesis macam sayang." - Teman Penyayang

"What? spesis" - I, (sambil mencebik)

"Spesis yang limited edition. Confirm lepas ni, tengok je rambutan, mesti ingat kat sayang. Haha" - kemain dia gelak


Sejak dari tu, dia suka ejek i limited edition girl. HUH.



Entah nak berperasaan macam mana. Bangga atau PELIK? Haish~~






THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, November 8, 2011

Diari Raya Aidiladha 2011 Puan Hana dan En.Somi

FRIDAY (4/11/11)
Teman Penyayang bertolak dari KL selepas waktu kerja, around pukul 7 malam hingga pukul 12 tengah malam baru sampai ke Kuantan. I thought dia and BIL nak bemalam kat rumah i, then bertolak pagi esok je tapi Teman Penyayang dan BIL sangat gigih. Nak balik kampung malam tu jugak.

Teman Penyayang cakap rugi if bertolak pada pagi Sabtu, nanti jalan jem, akan sampai lewat petang kat kampung. Tak puas nak duk kat kampung hari Ahad sehari je.

SATURDAY (5/11/11)
Bertolak dari Kuantan ke Kelantan pukul 12 tengah malam, kami sampai pukul 11 pagi kat kampung. 10 jam lebih k ambik masa. Ketar kepala lutut. Tapi kami adalah singgah kat Petronas jap, Teman Penyayang nak rehat. I nak bergilir drive, dia tak bagi. So, kita orang rehat dalam setengah jam je. Dah siap solat Subuh, terus gerak.

After sampai dari kampung, makan-makan jap, then mandi, solat zohor, terus Teman Penyayang tidur tak hengat dunia. I memang mengantuk tapi biasalah, dah jumpa family, mana mengantuk dah. Borak sakanlah jadinya.

Malam tu pulak, tolong family masak nasi impit, kuah kacang dan nasi dagang. While Teman Penyayang pulak tolong tukar langsir baru. Dah settle semua, tidur awal.

SUNDAY (6/11/11)
Nasib baik tak terbabas solat Subuh. Nasib Teman Penyayang kejutkan. Dah mandi semua, bersiap pergi sembahyang raya. Then balik sembahyang raya, bersalaman-salaman di dalam bilik. Hahaha Malu ok. First time cium tangan suami dulu. Biasanya bersalaman dengan mak dulu, then nenek, diikuti makcik. Sebak rasanya.

Dah habis babak air mata, terus ke meja makan. Jamah apa yang terhidang sebelum pergi ke tempat korban.

Antara babak yang sempat dirakam sewaktu ibadah korban dilakukan ialah:


Sewaktu menunggu Teman Penyayang menukar baju basahan. :-p Budak ni degil. Mau tukar baju dan seluar sebab tengok Teman Penyayang tukar pakai track suit. Hahaha

Ni lembu yang i korban. I ambik 1 bahagian, then nenek 1 bahagian dan 5 bahagian lagi dikongsi bersama orang kampung.



Masa ni Teman Penyayang tak menolong dia orang lagi. Teman Penyayang tolong i. Tolong ambik gambar. hehehe Tapi gambar i sentuh kepala lembu, tak ada. :-( Dia sibuk pergi tarik lembu turun dari lori.



Sampai menonggeng tolong potong daging lembu. Hahaha



Teman Penyayang cakap, dia tak faham apa yang dia orang sembang, pekat Kelantannya tapi dia belasah je potong daging. Orang ketawa, dia pun ketawa Hahaha lawak betul. Pastu sibuk bagi hint kat i suruh ambik gambar, nak tunjuk kat family dia nanti. Siap tanya kenapa tak ambik gambar masa dia lapah kulit lembu. Hahaha Dah sah-sah i pulang ke rumah jap. Buat air untuk dia orang. Hahaha



Ada 4 ekor lembu yang dikorbankan. Meriah sangat this year. Last year tak silap hanya 2 ekor lembu je dikorbankan kat belakang rumah i.



Budak degil. Nak ikut Teman Penyayang memanjang. Sampaikan orang tu nak g lapah lembu pun dia nak ikut. Kami tak bagi terus buat muka. Haish.


Sebenarnya banyak gambar yang tak diambil selepas acara korban tu. Contohnya, time agihan daging, angkut daging balik rumah menggunakan kereta sorong, agih daging dalam plastik untuk dibahagikan kepada orang kampung, dan paling penting 1/3 daging tu kami masak. Ruginya tak ambik gambar makanan yang enak tu. Waaaaaaaa

Ni semua gara-gara bateri kamera habis dan terlupa bawak charger. HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

If uolls nak tau menu meriah kat kampung i time Raya Haji, bolehlah klik kat LINK INI dan INI. teheee (Ehem.. terkenang raya time bujang dulu bila baca entry tu. kehkeh)


MONDAY (7/11/11)
After subuh, kita orang tidur semula. Qada' tak cukup tidur semalam. hahaha Lagipun nak berjalan jauhkan, takut tak cukup tidur nanti. Then bangun pukul 10 pagi, terus mandi, makan, kemas baju, pergi rumah sepupu untuk tengok babynya yang sangat comel dan gebuss.



Ambil dari FB cousin. Gebus dan comel gilakan? yang penting dagu belah tu ketara gila. Ni gambar masa dia baru lahir. Masa pergi tengok semalam, dah bambam sikit. Lagi comel. Nama baby comel ni ialah SYAMIL ASYRAF.

Then gerak ke rumah mertua BIL kat Wakaf Che Yeh. Lepak kat situ jap, terus gerak balik ke Kuantan.


Bertolak dari Kelantan pukul 2 petang, then sampai di Kuantan pukul 1 pagi tadi. Ya Allah, jalan sangat jem dengan hujan lebatnya. Terketar lutut. Dahlah kelaparan dalam kereta. Kedai banyak tutup sepanjang jalan. Nak tak nak, kami terpaksa bertahan sampailah kat Pantai Kelulut. Kat situ barulah boleh makan. Tu pun dah pukul 8 malam.

Then, sampai pukul 1pagi kat Kuantan, Teman Penyayang dan BIL terus gerak balik ke KL, sampailah pukul 4 pagi tadi. Akibat kepenatan, masing-masing tak kerja hari ni. Kesian kat dia orang. hehe


TODAY (8/11/11)
Seriously, i rasa mengantuk dan penat sangat hari ni. Rasa nak tidur kat meja kerja je. Hahaha Ingatkan time rehat sejam nak pi tidur jap tapi gigih nak update blog. hehe



Meow~meow~:
Itu je kisah Hari Raya Aidiladha pertama i bersama Teman Penyayang. Sepanjang jalan pulang ke Kuantan, Teman Penyayang tak habis-habis sebut pasal raya kat kampung i. Seronok tengok dia. Yang tak boleh tahan tu, dia cakap Raya Aidilfitri kena ikut turn tapi if Raya Aidiladha nak balik kampung i tiap tahun pun dia tak kisah. Hahaha



THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, November 4, 2011

Salam Aidiladha dan checklist

Today last kerja. Bukan resign tapi bercuti untuk sambut Raya Aidiladha. This year, first time beraya dengan suami. Balik kampung pun dah berteman sekarang. Kalau dulu, syahdu gila kot drive sorang-sorang selama 7,8 jam. Now, boleh bersenang lenang dalam kereta sambil makan-makan, karok dan sembang-sembang. Hoooyeah!!!

Maybe i bertolak balik kampung tonight. Depends on Teman Penyayang. Kalau dia kepenatan, kita orang bertolak pagi esok je. Harap-harap jalan tak jem sangatlah.

So, checklist kali ni kena double. Dulu, buat checklist untuk diri sendiri je. Now, berdua. Teheee

So, antara checklistnya ialah:


BAJU RAYA PERTAMA
- baju kurung, tudung, kasut, handbang (for me)
- baju melayu, sampin, songkok, kasut, capar (for hubby)
- telekung untuk sembahyang raya (for me)

BAJU BASAHAN
- Baju lapah daging : Track suit, t-shirt, selipar (for hubby)

BAJU MALAM RAYA
- Baju tidur : 2 set kaftan, kain pelikat dan t-shirt (for me and hubby)

BAJU RAYA KEDUA
- baju kurung, tudung
- jeans and t-shirt (for suami)

PAKAIAN FAMILY
- Jubah mak, kain sepasang, kasut and handbag
- Blouse makcik
- kasut nenek
- baju Eddy
- baju balqis dan kasut balqis

MAKANAN
- Kerepek (done)
- serbuk kek (done)
- Tempe (done)


Total rm10. Sebungkus bawak balik kampung, sebungkus lagi bagi MIL.



Fresh ni. Opismate tolong belikan dari jiranya. Masih panas lagi bila opismate bagi pagi tadi. Murah sangat. 5 keping RM1.


I tak makan tempe. I belikan untuk family and Teman Penyayang yang sangat gemarkan tempe. So, i hidangkan tempe je pagi raya nanti. hahaha Terkejut orang kampung nanti.

Jeruk dari Penang. Ex-housemate bagi. Banyak gila dia bagi. I kirim 4 kilo, but dia tak dapat beli sebanyak i nak, then dia bagi je 4 bungkus kat i, 1 bungkus dah makan kat opis. hehe TQ dear. Bolehlah mengunyah dalam kereta on da way balik kampung tu. :-p


LAIN-LAIN:
- bekalan makanan dalam kereta (singgah Tunas Mart jap lagi)
- Tikar buluh (balik nanti baru masuk dalam kereta)
- kamera (already dalam handbag)
- barang make-up (already dalam handbag)


Tu je yang i ingat setakat ni. Nanti nak cuba intai-intai apa lagi yang patut di bawa pulang ke kampung. Kang ada yang tercicir, nangis i.


Oklah. I nak balik dulu. Gigih tau duk opis sorang-sorang semata-mata nak update blog. Nak balik kemas baju pulak.

So, di kesempatan ini i nak ucapakan SALAM AIDILADHA dan minta maaf if i ada salah silap dengan uolls sepanjang perkenalan kita di alam maya ini. (ekeke ingat Hari Raya Aidilfitri je perlu bermaafan??). Bagi yang pulang ke kampung, hati-hati memandu, jangan makan daging banyak sangat bagi yang ada darah tinggi tu (:-p) dan SELAMAT BERKORBAN (tell u: BERKORBAN bukan hanya sembelih lembu tapi berkorban jiwa dan raga demi sebuah kebaikan juga adalah sebuah pengorbanan yang tak ternilai harganya.)



Meow~meow~:
Doakan kami selamat sampai ke kampung ye. Amin.
Daaaaa.. ^_^



THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday: Teaser Outdoor Session





^__^





THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, October 17, 2011

Bahagiakan Diri Dengan Satu Isteri. :-p

Malam tadi tak boleh tidur dengan nyenyak. Dah masuk kamar beradu sambil menonton tv around pukul 10 malam tapi tak boleh lelap gak. Macam-macam cara dah buat nak bagi mata mengantuk. Like minum botol susu (Auww, tiap malam and pagi i minum Anlene tau. :-p), verangan benda best (Haha), tutup muka dengan bantal dan paling last sekali baca buku ilmiah (dengan harapan cepat bohsan dan mengantuk). Also dont walk (tak jalan lah!) Hahaha

Apa yang tak kena pun tak tahulah. I layan tv sampai pukul 2 pagi. Last cite tengok is BestWan kat Asian Food Channel. Pergh, dahlah waktu tidur sudah terbabas, tengok rancangan masak-masak pulak tau, jadi lapor lah pulak.

Tapi disiplin kuat malam tadi. Boleh tahan lagi. Tak adalah rajin nau nak geledah makanan kat dapur around 2 a.m. So, buat-buat rajinkan diri membaca buku yang Teman Penyayang bagi as one of the barang hantaran thats day.


Dah comot covernya. Nampak nau rajin baca buku, mcm dah nk lusuh buku tu. :-p Padahal..comot sebab makcik tepek reben masa gubah hantaran.



Actually, buku ni last minute decision yang aku pilih after jenuh nak fikir apa yang diinginkan dan sangat manfaat untuk digunakan kelak for hantaran. First choice was jam tangan. But then, bila difikir semula, jam tangan yang aku pakai sekarang masih elok lagi. Baru je beli 2 tahun lepas jam tangan Seiko ni. Membazir je beli jam baru, sungguh tak praktikal di situ untuk beli jam.

Then second choice was barang make-up. Kami jumpa barang make-up MAC yang dah dijual satu set include foundation, loose powder, lipstick, blusher, eyeshadow and eyeliner. All the set menawarkan harga yang berpatutan. I loike. But, logiknya, akan saya gunakah kesemua produk tersebut? Walhal, untuk foundation saya gemar menggunakan Revlon, loose powder i tak guna, prefer guna compact powder Miyami, lipstick tak pakai, just use lipsgloss Maybeline, blusher revlon or Maybeline, eyeshadow silkygirl, and eyeliner silkygirl.


Actually, aku bukannya pengguna tegar produk MAC pun. Logiknya, if i choose all MAC product but at the end aku tak guna pun all the product, what for i mintak Teman Penyayang hadiahkan set MAC for hantaran kan? Just untuk nampak "vogue" gitu barang hantaran i?

Huh. Im not like that. Apa yang penting bagi aku ialah all the hantaran yang Teman Penyayang bagi haruslah praktikal untuk digunakan oleh aku.

So, masa tu jugaklah tengah pusing-pusing kat Alamanda, Putajaya kita orang ternampak kedai buku. Aku memang suka lepak kat kedai buku, then bila terpandang buku kat atas tu, terus suggest kat Teman Penyayang, why not he bought me something yang akan kekal lama and sangat praktikal digunakan and the most important thing is I LIKE THE MOST.

Sooooo, we end up our pencarian for the last barang hantaran with buku-buku ilmiah like buku di atas, PETUA MEMBAHAGIAKAN SUAMI and PETUA KESIHATAN WANITA (lupa tajuk apa tapi something like thatlah :-p).  

And, suprise is Teman Penyayang also excited with my ideal, then dia pun request benda yang sama dari i. He change his request daripada perfume kepada buku-buku ilmiah. He said, perfume i dah pernah bagi for his birthday, so wanna something new from me. Ngada-ngada dia. Nasib baik i tak belikan lagi perfume tu kat dia. Hahahaa

Then, dia nak sangat buku kan? U know what kind of book i belikan untuk dia?


BAHAGIAKAN DIRI DENGAN SATU ISTERI.
HAHAHAHAHAHAHAHAHA
 (trust me k, buku tu memang ada di pasaran)


His siblings and my family look suprised bila tengok buku tu then bagitau dia "Awal-awal dah kena warning nampak?"


Well.....


Hahahahaha





Meow~meow~:
 Nanti i tanya Teman Penyayang either dia dah baca or tak buku tu? Then i will take the cover picture buku tersebut. Manalah tau kot-kot ada yang berminat nak hadiahkan kat boify, fiance or hubby ke. Kan? :-p




THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...