Thursday, December 30, 2010

Bengkel Seronok Bekerja

Already back from course yesterday really tired.
Penat bukan sebab kursus tapi jalan jem yang amat kat KL.
Imagine that, kursus kat Quality Hotel habis pukul 6 petang semalam and opcoz la terletaknya kat tengah-tengah bandar apatah lagi sangat la dekatnya dengan Sogo tu, punyalah jem gila jalan after orang balik kerja, plus dengan hujannya pulak.
Fuhhh~~ betul-betul penat mental. Kepala berdenyut-denyut.
Tak sabar nak sampai rumah, mau jumpa Arjun and tidurrrrr..

Around 9pm baru sampai opis dengan keadaan hujan lebatnya di bumi Kuantan but still happy and boleh tersengih dalam kereta bila teringat penceramah yang bagi talk. Really inspire me to WORK!

WELCOME 2011~~
Im ready to work babeh. hahahaha

Tak rugi pergi kursus ini walaupun dah end of the year.
Kira boleh jadikan azam tahun baru la for work.
SUPERB.

Walaupun kursus tu dibuat kat Quality Hotel je punnn bukan la 5 star Hotel tapi yang penting they got SIJIL HALAL dari JAKIM dan menunya sedappp for anak tekak aku and macam-macam variety dishes at there.

So, boleh dikatakan Bengkel Seronok Makan at Quality Hotel tu berjaya!

^_______^



Sangat suka. Ada peti ais krim for lunch. Ambik sendiri brape banyak and pandai-pandai la deko sendiri ye nak letak hiasan chocolate rice ke, hazelnut ke, buah ke and ape benda lagi entah.
For me, aku letak aiskrim vanilla,coklat, strawberry and dihias dengan fresh fruit. Yummy..



Haaa..tak cukup dengan desert aiskrim, ambik lagi ABC. Sendiri ambik ais dalam bekas yang sangat besauuuu and letak bahan-bahan semua pun sendiri. do-it-by-yourself. Seronok! Tak kedee k. Aku ambik banyak-banyak jagung! Love it.



Keknya sgt sedap. Ada dalam 5 dalam 6 jenis perisa yang telah dipotong kecik-kecik. Aku still tak boleh lupa cheese cakenya yang sangat soft and sedapppp.. mengigau teringat. Biasanya aku memnag jarang nak makan cheese cake, rasa kembang tekak je. Tapiii kat sana punya, rasa tak boleh berhenti nak makan, padahal baru je habis melantak beberapa jenis appetizer dan nasi sepinggan.. oppss tak lupa juga beberapa jenis dessert.




Baru nak makan dessert, muka dah bertambah tembam. T_T



Lobi. Kecik je. Depan tu coffe house. Tapi nampak tak yang bercahaya kat sebelah Benteng (name of coffee house) tu?

OK.OK. Meh nak zoom~~~~


 

Nampak benda bercahaya indah tu?


Cheese cake, come to mama..
T_T

Erk.. tu baru dessert yang aku tepek kat sini, tak tengok lagi betapa banyak aku dah membaham appetizer dan lauk pauk segala.
Ekceli tak sempat nak ambik gambar semua tu, dah duduk je terus baham semua makanan, akibat kelaparan. Antara menu for lunch yang aku ambil ialah semangkuk tomyam (tak sedap sangat), ketam sweet sour kot (sedappp), ayam masak pucat (hahaha.. siyes tak tau nama apa menu tu tapi sedap, ada rasa manis, rempah dan fresh dibakar), Brokoli goreng, Paprik Udang, ikan tenggiri masak kari, sambal belacan and ulaman.
Erkkk.. kekenyangan.

See? Sangat seronokkan berbengkel di Quality Hotel..

Mau pergi lagilah bengkel makan-makan macam ni.  T_T






-TAMAT-











Opss.. lupa nak cakap, sebenarnya pergi kursus ni haaa.. lol~~




Bengkel Seronok Bekerja!!!!


Hari ini saya datang kerja dengan semangat baru!!!
Yippiiii..



Meow~meow~ :
Padahal pergi Bengkel Seronok Bekerja tapi yang cerita pasal bengkelnya seciput je. Erkk.. biasa la babe, hobi aku memang suka makankan. Berganda kegembiraan, dapat attend course yang superb best and makanan superbbbbbbb delicious.. T_T

THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, December 24, 2010

Pemakan Yang Pemalas

So bored duk sorang-sorang kat rumah.
Bila dah boring, perlu la jalankan satu terapi yang amat berkesan ini.
Tambah-tambah lapar lak tu.
Maka masak la jadinya.
Tak ada dah ingat diet semua, janji dapat hilangkan boring.
Huh~~


Lapar plus malas and boring, 
maka terhasillah penyedap tekak malam ini...




Ayam masak sos manis pekat.


Telur sayur gulung

 




Kangkung goreng sedikit belacan.
(Nak jugak tu cakap taruk sikit je belacan)
Takut babe, kang tak pasal-pasal dilanda penyakit lagi.




TARA~~~~~~~


 



BIBIMBAP. ^_^
a.k.a
Bubur nasi versi HanaBella.
Hahaha


Gila duk menonton cite Korea, sampai terliur nak makan bibimbap tu, aku buat la bibimbap versi aku sendiri ek. hahaha


Janji dapat gaul-gaul macam bibimbap, then rasa sedap untuk dimakan.
Padahal jauh benar rupa bibimbap tu dengan bubur nasi aku tu.
Hahaha
Ada aku kesah??




Last but not least,
segelas jus oren.
Cun.




Makan sambil menonton Anugerah Skrin.
Terbaik r.




Meow~meow~ :
Tak komersil langsung nama menu aku tu. Hahaha
Lantak. Janji sodap.

THANK YOU FOR READING THIS!

Sunday, December 19, 2010

Saturday-licious

Patutnya entry ni dipost semalam 
tapi kemalasan yang amat nak gerakan jari jemari untuk menaip entry baru ini after makan tak hengat dunia semalam, so tertunda la sampai ke hari ini.
Kalau lauk tu, memang confrim dah basi.
Tapi tak kira nak publish gak hari ini.

Sebabnya?
semalam was my saturday-licious with housemate.
Seronok you dapat main masak-masak dengan housemate.
Lepas tu makan sama-sama.
Biasakan duk sorang-sorang je kat rumah bila weekend, maklumlah sejak ada anak, memang jarang nak keluarkan.
T_T 

So, kira special la bila dapat masak sama-sama semalam.
Plus, i cuba masa satu menu yang sangat la menjadi peberetttttt i tu.
Selama ni tau makan je yang mak masak kan, tapi semalam i cuba masak sendiri youuu. First time masak sendiri tanpa calling mak tanya apa bahan-bahannya mak? jap lagi nak campak apa? dan bla bla blaaaaaaa.
Bangga dengan diri sendiri. 
hehe
 (Bangga beb sebab aku bukan tau masak sangat pun. Bukan macam korang yang dah superb gila masak bermacam jenis menu kan



 Masak lemak ketam. My peberet one lor..
Kalau makan ketam, memang nasi akan bertambah-tambah.
Heaven.




Sambal kering ikan kering???
hehe
Ranggup dan sedap.
(eceh.. sendiri masak, sendiri makan, sendiri puji)
T_T 


Ayam goreng kunyit, sayur campur.
Sodap.
Housemate masak. Dah boleh kahwin. ^_^ 


Peeeewittttttt~~~~
Opcoz la kan kena ada penambah selera ni.
Hahahaha superbbbb. Budu plus sambal belacan.
Ada macam kurang siuman tak nampak sambal belacan terus lupa kesakitan yang melanda hari tu? bukan main berjanjikan hari tu nak jauhkan diri dari benda alah ni semua kan tapiiiiiii toksoh percaya sangat la cakap aku. Benda yang aku suka, memang jarang sangat dapat dipulaukan. Ini femfuan punya cakap tarak boleh pakai ooo..
hahaha
 


Inilah pemusanah diet kami berdua semalam.
SATURDAYLICIOUS.



Meow~meow~ :
Tiba-tiba rasa lapar tengok lauk semalam. Adeh..

 
 

THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, December 6, 2010

Baju saya mengecil KAH??

Semalam sehari suntuk aku belek-belek almari pakaian, nak mencari baju untuk ke majlis perkahwinan bos aku.

Aku sedey beb. Sedih bukan sebab bos aku nak kahwin, kalau bos aku tu adalah seorang lelaki mungkin aku sedihlah kot sebab dah tak dapat nak ngoratnya lagi kannnn.. T_T
Erk... sedih aku ni lebih daripada khayalan aku tu tau. Aku sedih sebab baju aku semakin mengecil.
(READ : aku telah berjaya pelihara lemak yang berlebihan dan tumbesaran badan aku sangat berjaya)

Waaaaaa~~~~


Aku dah tak ada baju-baju yang cun lagi untuk dipakaiiiiiii. Aku memang ada beberapa baju yang dibuat stok if nak ke any majlis. Thats why dah lama sangat aku tak pakai baju-baju tersebut. Tak maulah kan pakai baju sama ke opis untuk ke majlis kahwin bos aku. Maklumlah, aku kan kuat melaram, harus la pakai baju cantikkan. Manalah tau dapat ngorat dua tiga balak-balak encem. Dah kata majlis kahwin juga merupakan tempat mencari pasangan, imej harus jaga beb.

Hoi~~
DUSHhhh!!
(lebam biji mata. Tu la mengatal lagi)
Sori babe, aku melalut sebab stresssssss. 
Teman Penyayang tetap dihati. Ewah~~ 

Meh aku nak menunjuk baju peberet aku yang semakin mengecil tu..



Kebaya Nyonya ni paling aku suka. Turun temurun dari my mum. Masih elok dan sangat cantik. Last time aku pakai baju ni masa kawan Teman Penyayang kahwin this year. Aku rasa baru je beberapa bulan berlalu, bila nak cuba je malam tadi,
perghhh~~ macam balut nangka. Memang boleh tutup tapi time duduk tu amat la menyeksakan. Tu belum dikira bila aku melantak lagi kat majlis kahwin, kang terus terpelanting butang-butang baju, tercabut. 


Ni je gambar yang aku ada masa pakai baju tu. Tahun 2007 tak silap aku. Masa tu Makan Malam Anugerah Za'ba, UM kat Palace of The Golden Horses. Memang sangat selesa pakai time tu, takde la ketat sangat. Ngam-ngam je.
Err. entah kenapa aku tak suka senyum time tu.
OK. keluar sikit dari topik.
 


No.2 peberet. Ni pun turun temurun dari mum aku. Cantikkan? nampak macam baru tak? kau jangan tak tau, baju ni mak aku pakai masa dia muda-muda lagi. Amat dijaga dengan elok dna aku rasa kebaya nyonya zaman dolu-dolu amat berkualiti. Buktinya kainnya masih tahan sampai sekarang. Sebab tu la aku sangat suka kebaya ni selain daripada ada sentimental value gitu.

Tapi sekarang mana nak ada muatnya lagi derrr, memang tak boleh nak butang langsung bahagian bawah. Baju ni memang kecik sikit dari kebaya nyonya 1st tadi.



Last time pakai masajadi pengapit. Harus sensor bahagian atas sebab cekci sikit dahulu kala.. hehehe
 

Kebaya ini bukan milik mak aku tapi milik aku yang sah.
Tapi sayangnya, ia juga semakin mengecil. Adakah baju ini merajuk kerana sudah amat lama tidak menyentuhnya?? Hanya memakai baju kurung ke opis.
Kalau betullah ia merajuk, nampaknya kena bawak dia pergi jalan-jalan kat opis jugak ni. Kebosanan agaknya hanya berada di dalam almari. 
T_T

Arghhhhh!!!! sangat tensi. Padalah baru tahun lepas mak buatkan.
 

Punnnnnnn berkecil hati. baju ni dari atas hingga ke bawah, langsung tak boleh butang.
Gggrrrrr..
Malas nak cakap banyak.
  
Tu jelah baju melaram yang aku ada kat sini. Selebihnya masih kat kampung. Bajet baju tu aku malas duk bawka g opis, nanti kang dah tak ada baju nak bawak g mana-mana majliskan tapi tak sangka pulak semua baju tu kecik hati, dah lama sangat tubuh ni tak peluk dia orang kan.
T_T


Tapiiiiiiii
Nasib baik, ada satu baju yang boleh dipakai pada hari ini, walaupun perubahan diri akan berlaku di majlis kahwin akibat makanan yang tanpa had dibawa masuk ke dalam badan...
Saya masih boleh lagi mengayakannya.. tak akan bimbang benang-benang akan tercabut, atau baju terkoyak atau zip terbuka atau atau.... tak selesa.
 

 Owh.. saya sangat bernasib baik. Baju ni tak mengecil. Dan yang paling penting masih ladi teramat selesa dipakai.


Owh.. inilah bos saya.


 Yang sebelah tu SINGLE lagi ye.
(motif??)


Pssstt~~ photogrpher tadi hensem beb.. bahah
(sempat lagi)
Bos aku pernah cakap, our job memerlukan mata helang supaya penglihatan tajam dan peka dalam mengesan any mistake pada bahan-bahan before we publish any article.
Tapi bos, saya tak boleh menjadi mata helang. Saya hanya memiliki sepasang MATA KERANJANG yang sangat superb. Dapat mengesan keindahan ciptaan tuhan yang pantang melintas di depan mata saya.
T_T


Before pergi kenduri, haruslah peluk cium, pujuk budak ni dulukan. Nanti bising nak mengikut. hehe
Meow~meow~
Siyes. amat terkejut dengan perubahan diri. Ok. Tekad. Perlu hapsukan semua lebihan lemak tuu and dapatkan shape asal yang dulu.

THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, December 3, 2010

Putu Halba OH Putu Halba~~

Salam hari Jumaat semua..
Agak boring after habis meeting.
Hari ni pulak rehatnya panjang.
So nothing in my mind to share ekceli.
Nak keluar berpoya-poya ke bandar Kuantan di kelapangan waktu rehat ini, terasa malas nak drive pulak. huh~~

So, bagi mengelakkan keboringan yang melampau, aku belek-belek la folder kat pc ni.
Godek-godek game ape yang menarik untuk dipermainkan. Eh.. untuk dimainkan.

Tiba-tiba terjumpa la pulak a little bit of picture yang aku ambik masa cuti Hari Raya Korban kat kampung hari tu.

Automatically, aku rindu gila kat kampung.
Sedih babe. Tentu syok berada di kampun musim hujan sebegini.
(read.. mesti macam-macam jenis makanan mak masak di kala musim hujan ni..sebabnya time sejuk cepat lapar).

Aduh,, sedihnya hidup di perantauan.

Kalau u all nak tau, musim tengkujuh kat kampung aku kan, paling femes benda ni..


Ni namanya PUTU HALBA.
Kau nampak je macam tak senonoh di gaul-gaul atas kelapa tapi beb, sekali kau rasa putu halba ni terus angau. I tell youuuu.

Sumpah tak tipu.
Dulukan, masa makcik aku bagi husband dia makan, terus kau husband dia tapau 10 hengget bawak balik KL. Kau bayangkan masa tu RM1, 4 keping. Banyak tak banyak dia tapau, bagi the whole family rasa.

Lepas tu, masa Teman Penyayang datang rumah aku for breakfast, my mum belikan putu halba ni plus nasi kerabu kan. Mula-mula tu Teman Penyayang makan nasi kerabu, habis satu bungkus. So, aku bagi dia rasa putu halba. Boleh dia cakap,

"Biey tak suka la yang kuih berempah ni"

Hoi~~ kau belum rasa dah cakap kuih tu berempah. Nama je halba yang ooiiiiii tapi tak ada rasanya rempah punnnnn.. Baik kau jangan banyak cakap. Cuba dulu. Kang aku sumbak secara paksa baru tauuu.. 
(Tak cakap pun kat dia macam ni.. hehehe acah jeee)

Memula tu aku tengok macam nak tak nak je dia cubit kuih tu tau, maybe ambik juga sebab nak jaga hati my mum kot, duk pelawa dia makan kuih tu kan.. memula tu dia cakap dah kenyang after melantak sebungkus nasi kerabu, tapi my mum nak dia rasa, baru leh jadi menantu nanti. hahahaha

Yang kelakarnya, dari memula macam dipaksa makan tu, after masuk dalam mulut je..
Kauuuuuuuuu, terus dia capai sekeping putu halba taruk dalam piring.
Dia sukaaaa. Tadi main cubit putu halba dalam piring aku je, bajet nak taste je tadi.
Sekaliiiii, hambek kauuuuu.

Tu la.. orang suruh cuba kau jual mahal.
Kan dah malu sendiri nak tambah.
Tapi my mum faham la, benda alah tu sedap. So my mum suruh je dia makan. Tak payah segan-segan kan.

Lepas tuuuu memang tak tau malu langsung.
Buruk benar perangai.. hahahaha
Nasi kerabu satu bungkus, putu halba .. 4 KEPING kauuuuuuu.
Hahahahaha

Until now aku tak boleh lupa muka dia duk tenung putu halba tu..hahaha
Sumpah lucu, nak makan lagi tapi malu.. Comel gila masa tuu. ^_^

Haaaaa.. tengok hebat tak hebat penangan putu halba tuuu.

Putu halba ni ada time musim tengkujuh je. Bukan sepanjang tahun tau. That's why aku suka balik kampung bila tiba hujung tahun. Tapi for this cooming holiday tak dapat nak balik la nampaknya sebab aku dah ambik cuti panjang for hari Raya Korban hari tu.. hukhuk

Jap, nak keluar cari makanan. Banyak lagi cite nak story mory..

THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...