Friday, November 19, 2010

Aku Manusia Karnivor

Sangat senang hati berada di kampung.
Apatah lagi perut di jamu dengan makanan yang enak belaka.
Huh, kalau tak sebut pasal perut dan makanan, memang tak lengkap percutian ini di kampung terchenta.
(Ala.. ngaku je la kau memang suka makan kan?)

Asal makanan terlibat je, mesti korang boleh tengok macam mana suka hati dan girangnya aku ni. hehehe
Dah kata hobi suka masak dan makan kan? Haruslah gembira apabila dapat melaksanakan hobi tersebut. Right?

Kau jangan tak percaya menu breakfast aku pagi ni yang sangat meletoppppp.
Sejak 2,3, hari ice-box dipenuhi dengan daging ni, aku dah tak pandang dah rumput-rumput segar (ulam-ulaman) kat sekeliling rumah.
Baik breakfast, lunch dan dinner, dukkkk mentedarah daging lembu.
Daging ayam tak main ye.
Al-maklumlah dah kata Raya Korban.
Haruslah daging lembu yang jadi menu utamakan?

Tak caya aku breakfast dengan makan lembu?
Eh.. silap. Makan daging lembu???


Menu harus disusun ikut tekak aku eh.
First rank SUP TULANG.
Makkkkk yang masak.
The best in town. hehehe
Benda wajib masak everytime Raya Korban.
Pass kat jiran sikit. ^_^
 

DAGING MASAK HALIA SWEET.
Menu kedua haruslah benda yang aku masak kan? haha
Yang ni aku kasi kat jiran tetangga sikit sorang.
Mana la tau kot-kot mereka-mereka berkenan kat aku untuk dibuat menantu.
hahaha
(nampak sangat gatal nak ngorat anak teruna jiran kan?
hahahaha
Hoi~~~ aku belajar masak untuk my future husband lor.. ^_^


DAGING GULAI KAWAH
Sedap!!!!!! *thumbs up*
Jiran yang bagi.
Satu periuk kecik dia bagi.
Memang sangat suka hokei Raya Korban.
Dahlah raya pertama tu kau dapat daging mentah, petang tu dia orang masak still  bagi lauk pauk lagi, semalam pun bagi lauk gak, pagi ni pun stilllll dapat lauk pauk lagi.
Harap-harap esok, esok, dan esok mereka masih memberi lauk pauk yang sedap-sedap sehinggalah daging lembu dalam peti ais masing-masing kehabisan. hahaha

Ni lak, menu yang memang membuktikan aku manusia karnivor.
SINGGANG KEPALA LEMBU. Muahahaha
Hambek kau, aku makan kepala lembu yang superb sodap. ^_^
Terima kasih ye MAKCIK ROH (jiran) kerana bagi aku merasa singgang ni.
First time ni makan kepala lembu.
Rasa agak berlemak dan lembik. Adakah OTAK lembu?
Erk.. kekenyang sudaaaaa..

T_T

Baik hatikan kejiranan kat kampung aku???
Kalau aku buat homestay for Raya Korban Season only agak-agak ada orang nak menginap tak kat rumah aku??
Muahaha

Owh.. after hari Ahad, jika jiran-jiran masih mengagihkan lauk pauk yang sedap-sedap belaka, memang aku tersangat jeles.
Sebabnyaaaaaaaa
That time, aku dah chowwwwww dari kampung.
Sob~Sob~~~ T_T
Boleh? sedih pasal tak dapat makan sedap-sedap???


Meo~~Meow~~ :
Bersiap-siap mahu ke Pengkalan Kubor. Cari barang sambil cari makanan. Ngeh ngeh..

THANK YOU FOR READING THIS!

Sunday, November 14, 2010

Tersangat Rajin Walau Tersangat Penat.

Hi deary.
Just a short entry.
Ekceli aku baru balik dari program twc anjuran office kat Selesa Hill Resort, Bukit Tinggi.
Tak sabar nak bercerita, that's why la update jugak malam ni.
Esok dah tak sempat nak update, aku nak balik kampung lak.

Semasa berada kat Selesa Hill Resort, membuak-buak otak nak memuntahkan enrty ni, tangan aku menggigil-gigil nak menaip keyboard. (OK.Tipu)

Oleh kerana lambat untuk melontarkan buah otak ini, maka entry aku kali ini agak bercelaru rasanya. 
Sekejap akan imbas kenangan ketika berada di Selesa Hill Resort. (padahal baru balik pagi tadi, dah jadi kenangan eh??) dan sekejap akan awan-awangan berada di kampung. Maklum la, i akan pulang ke kampung esok untuk sambut Hari Raya Aidiladha. Nun di KELANTAN sana kampung i. hehe

Siyess, penat gila menjalankan aktiviti kat Selesa Hill Resort.
Memang mencabar especially aktiviti jungle traking. 
Gila memcabar weh.
Rasa nyawa di hujung tanduk je. (mengucap sepanjang jalan)
Aku tak pernah ber'jungle' tracking like that.

Kau bayangkan (bayang betul-betul tau. Ada kisah menarik ni) T_T.. jalan jungle traking tu ada tebuan dan sangat berhutan. (Erk.. dah nama jungle kan?)
Tapiiiii
kita orang dah maklumkan kat pihak pengurusan, tak nak la yang lasak sangat, just nak fun je.
Tapi kauuuu, sekali si marshal Selesa Hill Resort tu bawak kami redah hutan yang amat ngeri jalannya.
AGAIN.. kau bayangkan first cabaran terpaksa hadapi adalah trak yang kami lalui tu ada sarang tebuan. Gila hokei.
Habis member semua kena sengat.
Nasib baik aku tak kena.
Memulanya member depan aku yang kena sengat kat tangan. Aku ingatkan tangan dia kena duri pokok bila dia mengadu sakit. Ye la, dah meredah hutan, aku bajet just kena duri la.
Then tiba-tiba, ada member laki kat belakang menjerit  kami di attack oleh segerombolan tebuan.
Habis lari bertempiarann.
Kau bayangkan, mana nak larikan diri dalam hutan weh, kiri kanan semak. Kang lari redah semak, tak pasal-pasal jumpa ular lak,. Lagi parah.

But lucky is tebuan tu stop kejar group kami yang berada di tengah-tengah dan tebuan tadi telah menyerang group ketiga yang berada di belakang kami. So, that group dah terputus dari kami. 
Nasib baik dalam hutan still ada line, so we call that group, which is ada 2 orang yang kena sengat then dia orang decide untuk kembali ke resort because tebuan-tebuan tadi dah tutup jalan tersebut. Gila kau kalau nak redah tebuan-tebuan tu semua. Tu dah menempah ajal namanya. Memang scary sangat.

So, we all yang tinggal around 20 orang lagi, teruskan perjalanan jugak even ada kena sengat around 7 orang, terpaksa teruskan jugak untuk cari jalan keluar. We all memang dah tak boleh patah balik. Nasib baik kawan-kawan aku yang kena sengat, sangat kuat semangat dia orang. Aku memang tabik kat dia orang.
Kau bayangkan, after kena gigit kat tebuan tu, automatically kulit dia orang membengkak dan kemerahan. Kami just rawat dia orang dengan menggunakan minyak panas yang ada dalam first aid.
Suasana memang kelam kabut, mereka mengerang kesakitan, dengan keadaan semak samun, curam di atas bukit. We have no choice. Nak tak nak kena ikut cakap marshall yang dipertanggungjawabkan mengetuai kami dalam jungle traking.

Kau bayangkan trak yang kami redah tu, sangat curam sekali. Kami memanjat dan turun dari bukit hanya dengan menggunakan tali yang diikat pada sebatang pokok. 
Siyess, tanah liat atas bukit sangat licin, dengan keadaannya yang becak, kiri kanan ada pokok berduri, so kami tak boleh berpaut pada pokok tersebut. Kami terpaksa merangkak bawak pokok bulu yang hampir tumbang. AKu tak tau la if angin kuat ke tiba-tiba, mahu terhempap pokok buluh tu menimpa kami. Ngeri gila bila aku fikirkan semula.

Yang paling best tu, aku rasa sangat mencabar apabila kamu terpaksa menyelusuri longkang yang mengalirkan air dia atas bukit. 
Kalau kau nak tau bagaimana rupa dan betapa curamnya longkang yang aku kami redah tu, cuba kau tengok kiri kanan lebuh raya karak, ada bukit kan, so, kat lereng-lereng bukit tu, ada longkang simen kan? bila time hujan je, air akan mengalir kat longkang tu kan?

Haaaa.. longkang tuuuu la yang kami gunakan untuk turun ke bawah. Dengan berlumut hijau, licinnya longkang tu, tanpa bantuan seutas tali pun, we all duduk atas longkang tu, kami menggesot turun dengan kadar yang sangat berlahan.
Aku bajet, if seorang tergelincir, then yang berada di bawah, memang confirm akan terjatuh sama. Ngeriiiiiii.

Sumpah, if pergi KL, aku tengok je longkang tu, mesti teringat punya.

Then, the sad part tu, after dah sampai ke kaki bukit, one of our member kena gigit kat lebah yang agak besar, aku pun tak tau dari arah mana datangnya lebah tu. Tiba-tiba je.
Suddenly, the sad and shock part happen.
Aku tak tau nak cerita macam mana tapi keadaan kawan kami tu amat teruk.
Badannya tumbuh bintik-bintik besar seluruh muka, leher dan tangan, berpeluh-peluh, badannya sangat sejuk, muntah, dan hampir pitam.

Yang aku geram sangat tuuuuuu
pihak Selesa Hill Resort yang tak berapa nak bagi keselesaan kepada kami, macam endah tak endah je k.
Kau bayangkan time member kami tu dah sakit sangat, 50% antara sedar tak sedar, marshall tu diam je, bukan nak suruh pergi klinik. Kami pulak yang kena call our member yang ada kat resort, drive our car hantar member yang sakit ni pergi klinik.

Dulu, waktu kita orang buat survey nak pilih resort kau, bukan main eh kau cakap semua transport kau ada if berlaku any emergency. So sekarang ape cerr huh??
Lepas tu, kita orang suruhlah dia orang hantar kawan-kawan lain pergi klinik gak supaya keadaan tak memudaratkan, at least dia orang dapat injection kan, tapi kauuuu, boleh driver dia orang cakap,
"sekarang saya kena hantar pekerja balik" - Sengal

Hoi!!!! kawan aku dah menahan sakit, kau boleh pulak nak hantar pekerja kau eh?
Mana janji kau nak sediakan we all transport if anything happen??
Takkan kau ada satu van je kot.
Memang gila.
Weh, kalau kita orang ada transport sendiri, memang kita orang tak kempunan la nak guna van korang tu.
Masalahnya kami datang dengan sebijik bas dan sebuah kereta. That kereta dah bawak kawan-kawan lain yang lagi parah ke klinik, so, yang a few member ni sape nak bawak lak. Tak kan kau nak suruh sumbat semua dalam satu kete kot.
Agak-agak la weh. 

Sumpah, tu baru part menguruskan aktiviti jungle traking, belum aku cerita perihal suasana, bilik, makanan dan so on lagi.
Memang banyak yang tak puas hati.
Tapi bak kata pepatah, benda yang lepas usah dikenangkan.
So, aku hanya cerita part yang betul-betul memberi kesan pada aku.
Malas nak sentuh a few bad thing yang ada kat sana.

Pendek kata pengurusan TERUK. Lain kita deal, lain dia orang buat.
TERUKKKKKK.

View dari balkoni apartment kita orang. Tuuuu, mengadap lebuh raya karak.
Tak kuasa nak ambik gambar banyak-banyak.
Tak cantik sangat pun.

Lega aku dapat luah sikit.
Baru sikit ok.
Esok aku luah kat mak pulak.
Tak sabar nak balik kampung.
Ingatkan nak drive balik hari ni tapi tadi sampai pun agak tengah hari, so, aku decide bertolak awal pagi esok je.

 So, tadi terus pergi ambil Arjun kat vet.
Rindu gila kat dia.
Sian dia aku tinggalkan.

Tadi dia kena inject, so, Arjun berada dalam alam kayangan agaknya, moyok je bila balik.
Ish, kesian lak nak angkut dalam kereta esok.
6 jam tu, mau mabuk Arjun tu.


Sian dia, tersedar after aku snap gambar ni.
Hehehe aku memang suka snap gambar dia time tidur. Sangat comel.

Then after ambik Arjun, pergi ambik benda alah ni pulak,

untuk di bawa pulang ke kampung buat budak ini,


Homaigod, miss her so much.

Seb baik esok akan pulang ke tempat terapi yang terbest sekali, so, kepenatan, tension dan kesakitan semalam tak dapat mengatasi keseronokan ini.


Ok lah, dah nak tidur. Pagi-pagi esok mau drive.


Meow~meow~:
Rasa agak bersungguh aku bercerita malam ni. Cuba kira berapa banyak perkataan bayangkan dalam entry ni. Memang sangat berusaha bercerita supaya semua orang faham. Satu lagi, nampak sangatkan tak pegang janji?? kata just SHORT entry kan? hahaha ada aku kesah?? baca sudaaaa..

THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...