Thursday, September 30, 2010

Malu Nak Cakap

 Erm...
 Sebenarnya tak sure betul ke tak tindakan aku ni. Segan pun ada nak cakap. Maluuu apatah lagi.
Tak tau la apa reaksi korang apabila tau nanti.

Sama ada korang akan cakap aku ni ngada-ngada, gatal, tak tau malu dan
dan

dan

dannnnnnnnnnnnnn apa eh agak2nya korang akan fikir?

Erk..

Sorry.. tengah bercelaru sangat ni. Tak tau nak mulakan macam mana.

Sebenarnya.... aku ... 
Ermmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..
Aku dah.....



















AKU DAH JATUH CINTAAAAAaaaaaaAAAAAAAAaaaaaaa
^_^

 *Blushing*






"Dush2"
"Yark"
"Gedik"
"Gatal"
"Ngada2"

Ye-ye.. Sila la mengata aku.. 
JAtuh cinta pun nak kecoh-kecohkan?
MAcam la orang lain tak pernah jatuh cinta?
Macam la orang lain tak ada bopren/gepren kan? 

 T_T


Tapiiiiii, korang tak tau, cinta yang berputik di hati aku ni bukan sebarangan cinta tauuuuu.
FUhhh.. hensem babe. Mesti jeles lah korang bila aku tunjuk  gerangan yang membuat aku angau segala.

SUMPAH.
Macho
Comel
Gagah
yang menambat hati aku ni.

That's why la aku kena kecoh-kecoh kat korang semua. 
hahahaha 


 Yela-yela.. 
Tau la korang dah tak sabar-sabar nak tengok buah hati aku tuuuuu. Buah hati aku yang macho sangat tu kann...

Ooopppssss... Segan pulak.. tapi, nilah dia gerangannya...











































Hamboi-hamboi.. rajinnya skroll mouse..
  



Nah.. tengoklah atas usaha mu men'skroll'





Bakal buah hati. 


Comelkan???


Lagi. Yang black comel tuu. Kuning tu betina. Kita nak jantan je. ngeh ngeh ngeh.


 *malu*
Hensem tak? macho tak? COMEl takkkkkkkkkkkkkkkkkk???????

 Dia telah membuatkan malam saya angau, siang saya berangan, tiap masa saya senyum sorang-sorang. (Meroyan tak hengat dunia) ^_^


Ekceli aku nak pelihara cat. Tapi bila fikir-fikir balik, mampu ke jaga cat tu. Maklum la aku kan kerja. Nanti sape nak bagi makan, nak jaga dia. Ish.. susah.

Then, bila dia sakit, aku perlu bawak dia pergi klinik. Mesti time tu aku sedih gila tengok dia sakit. Boleh ke aku hadapi nanti? Korang jangan tak tau, bila aku ada cat, aku kena beri 100% komitmen tau. Aku rasa dah macam anak aku sendiri. So, aku tak sanggup hadapi if terjadi apa-apa kat cat aku nanti. 

Dulu, aku ada seekor kucing kesayangan. Namanya JENNY. Aku ambik dari kawan aku. Aku ingat lagi, aku dan my bff bawak JENNY from my friend house dengan menunggang motosikal. Masa tu umur aku 13 tahun. Kawan aku bonceng motor, then aku pegang JENNY kat belakang. Dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba hujan, so aku masukkan JENNY dalam baju aku. JENNY dah meronta-ronta ketakutan. Betul-betul nostalgia bagaimana hubungan aku dan JENNY terjalin. 

Makin lama hubungan kami makin akrab dan sehinggalah JENNY berusia 2 tahun, telah membuatkan aku trauma dan meroyan untuk menjalinkan hubungan dengan cat lagi. 

Satu hari sewaktu aku pulang dari sekolah, aku lihat ibu tiada di ruang tamu seperti kebiasaan menunggu aku pulang dari sekolah. Lantas aku mencari ibu di dapur. Aku ingatkan ibu sedang mengopek bawang sebab aku terdengar ibu seperti selesema.Lalu aku mendekati ibu. Apabila aku lihat ditangan ibu bukannya bawang atau pisau, tetapi JENNY yang sedang berlumuran darah di lehernya, aku rasa seperti..............


jap.. aku tak sanggup nak sambung. 

Tiba-tiba je mata aku berkaca. 



OK.

 Korang boleh bayangkan, macam mana perasaan aku waktu tu. Aku tak boleh nak jelaskan kat sini. Sape-sape yang pernah ada cat dan masih ada cat sahaja yang tau macam mana perasaannya apabila sesuatu terjadi pada cat kesayangan.

Ibu bagitau, JENNY terkena zink reban ayam di belakang rumah. Aku tak pasti macam mana. Cuma apa yang ibu bagitau, ibu sedang masak, ibu terdengar seperti cat bergaduh dan berkejaran atas zink reban ayam. Bila ibu jenguk je dari luar tingkap, JENNY sudah pun terbaring atas kayu bersebelahan reban ayam.

Setelah sebulan JENNY pergi, barulah aku berani mendengar cerita dari ibu, perkara sebenar berlaku pada JENNY. Sehingga sekarang, aku masih lagi merasai kesejukan hidung JENNY menggesel-gesel pipi aku sewaktu tidur. Bagaimana aku menggomol-gomol muka JENNY sewaktu baring-baring. Bagaimana aku mengeletek-geletek perut JENNY sewaktu menonton TV. Sedih. T_T

Aku trauma untuk memiliki cat lagi sebab aku akan terbayangkan JENNY. 

Tapi


Setelah hampir 10 tahun pemergian JENNY, entah macam mana, pertama kali aku melihat cat bermata hijau itu, aku mula merindui belaian manja cat.








Sekarang aku benar-benar jatuh hati. 

MAMPUKAH AKU MEMILIKINYA SEMULA??

KUATKAH AKU HADAPINYA LAGI??








Nota kaki : Aku tak ada soft copy gambar JENNY. Dulu kala, merakam gambar JENNY dengan menggunakan filem kodak.

THANK YOU FOR READING THIS!

Sunday, September 26, 2010

Sambil berenang minum air

This weekend aku kena pergi kursus kat Impiana Resort Cherating. Sempat la rakam persekitaran resort kat sana. Apa yang u all expect daripada Cherating? Opcoz la pantainya kan? 

And yes. Pantainya sangat cantik, bersih, kebiruan, ombak yang tenang. Tapi sayang, time aku pergi tu angin tak berapa kuat bertiup. So, agak panas la kat sana. Harapkan air-cond je untuk dinginkan badan. ekekeke
Apa yang boleh aku cakap pasal resort ni, from 5 stars, aku akan bagi 3 stars only.

Benda yang aku suka ialah biliknya not bad la. Bilik yang aku menginap tu untuk 2 person and ada 2 katil. Sebelah katil aku ada beranda. Apa yang beznya, aku baring atas katil je, aku dapat lihat kebiruan pantai, kehijauan pokok kelapa dan rumput serta kemelayuan jejantas yang dibina bagi menghubungkan antara bilik dan lobi serta kafe. Sangat Melayu bila berada di sana. Hehehe

  This is view from my room. Cantikkan? sambil baring then bukak pintu beranda, boleh nampak keindahan seperti itu. 


 Jejantas ni sebelah bilik aku. Atas jejantas ni ada bangku untuk melihat keindahan pantai. Sangat tradisional. Like anjung kat rumah lama-lama.



This view  shot near from the beach. Thats was full view outside my room. Design resort ni macam rumah lama-lama. Bawah rumah ada tiang. Very nice.


What was special is.. signage kat pintu toilet. Mak Cik and Pak Cik uuuuuu.. Serius, first time jumpa. Memang kelakar mula-mula tengok. But in deep of my heart it's very sweet. Memang sangat-sangat tradisional. Nasib baik ada simbol girl and boy kat signage tu. Kalau tak, confem pelancong asing confius. hehehe Tang ni suka sangat-sangat.
 

Cuba lihat bumbungnya, fully kayu dan seni binanya menunjukkan ciri-ciri kemelayuan. Like rumah kampung lama. Why aku cakap rumah kampung lama? becoz, rumah orang kampung sekarang adalah rumah batu k. Takde dah rupa macam tu. Canggih tak orang kampung? hehe

 

This site adalah ruang menunggu kat loby. Still menunjukkan ciri-ciri kemelayuannya even ada campur aura-aura moden sikit. Pada waktu malam, each table akan diletakkan satu bekas lilin. So romantic one. And waktu siang pula diganti dengan bunga seri pagi. Erk.. aku rasa bunga seri pagi kot. Tapi actually aku panggil bunga tu bunga loceng. Sori, lupa nak shot bunga atas meja. But it's really nice walaupun nampak benda tu kecil je. Tapi efeknya besarrr for me. 

Then sebelah kerusi tu, if u all perasan, ada kolam teratai and im not sure ada ikan ke tak dalam kolam tu. That lotus have different colur like white, yellow, and purple. Nice. Tiba-tiba teringat bendang kat belakang rumah, punnn ada teratai gak. Lama tak melepak kat sana.

Ok. Back to resort review, untuk ke bilik from the beach, harus mendaki tangga kayu ini. Agak mengamit memori aku di sini ialah, tempayan kat tangga tu. Almost every single person like chinese, english and so on akan basuh kaki before step on the stair. So that, tak ada la lantai or jejantas ke bilik masing-maisng kotor dengan pasir pantai rite. Good effort.

 That's was my stars for Impiana Resort Cherating for its view and environment. But yang tak berapa nak bersinar tu adalah its FOOD. Disappointed. Why?

Tastenya ala kadar je. Daging kambingnya sangat la kekambingan. Bau yang amat. Tak boleh telan untuk tekak aku and a few friend of mine pun cakap macam tu. BBQ pulak tak seperti dijangkakan. 

    Hello, semua orang expect seafood yang fresh from Cherating k. Tapiii apa yang disediakan ialah ikan cencaru yang ala-ala tu, udang yang tak seberapa tuu, daging lembu ok-ok je and jagung bakar yang cepat benor habis walau di potong secoit tapak tangan baby. Kede betullll.. 
    Betul apa yang dicakapkan oleh one of member kursus tu, "takpe la, i better balik dulu. Tak tunggu bbq pun xpe. Tak berbaloi. Lagi sedap wife i masak kat umah". 
    (think positive. Ok la daripada kau tak merasa langsung. Kau kan suka makan. Ok la tuuu stay one night for bbq. Sedap tak sedap kau melantak jugak kan? T_T)

    But, blackpepper beef agak sedap dan it's meat ball for super was superb. *thumbs up*

    Variety dishes for breakfast, lunch and dinner not many choice. 

      For lunch and dinner, kau akan dihidangkan dengan air kosong suam and air sejuk suam sahaja, unless kau nak hot coffee or tea yang memang ada disediakan dan sila kayan diri. 
        Tapiiiii tak ke gila nak minum benda alah tu, dah lah breakfast ada coffee and tea, minum pagi pun ada benda alah tu, super pun ngadap minuman tu. Apa salahnya lunch and dinner kau sediakanlah any juice. Kalau dah nak jimat sangat, sirap pun jadi la. Owh.. tapi jangan harap k. unless order and bayar sendiri.
        Bagi aku la kan, apa hal la nak bayar bagai kalau menginap kat sana makan minum semua termasuk dalam pakejkan. SO buat apa nak keluarkan duit sendiri rite. Tapi aku tak tau lah if dalam pakej penginapan aku tu memang minuman yang di tetapkan adalah air kosong. Errkk.. aku tengok bukan peserta kursus pun minum air putih suci tuuu jugak. Ape cerr? Sekian.


        (think positiveeeeee, air kosong baik untuk kesihatan.)

        Talk about its services pulak time makan, there is so many staf. Ambil makanan sendiri secara bufet tapi air akan dihidangkan once kau dah duduk. Tapiiii aku perasan la, selalu sangat waiters/waiteress ni tak berapa nak alert. Nak kata ramai sangat orang tak la pulak. Apa salahnya kau tengok je orang duduk kat table tu, kau terus bawak jug air and tuang dalam gelas yang konon korang dah sediakan tuu for each table. Nak sangat serve customer macam tu kan. Tolong tuang air bagai. Thanks for that. 
           Tapiiii, aku rasa air aku tadah sendiri lagi cepat dapat kot dari tunggu korang serve kan. Gila dahaga aku hokie tunggu air yang korang serve kan. Boleh tercekik dibuatnya. Awat la slow bebenor ooiii. 

           (ok. AGAIN. think positive. Mereka-mereka nak kau habiskan makanan dulu sebelum minum air. Baik untuk kesihatan. Takde la perut kau buncit makan nasi sesuap, air segelas. Kenyang dengan air je.)


          Satu lagi yang menyakitkan mata dan anak tekak aku nak menelan makanan ialah comel gila makannan yang disediakan. Ala-ala nak bagi kanak-kanak makan. Alahai, tak sampai ati aku nak makan. Nyesal tak ambil gambar nak tunjuk kat korang ni. Takpe.. korang bayangkan je eh. 
             For breakfast, nasi lemak, nasi goreng, bihun goreng, nasi minyak akan dibungkus siap dalam daun pisang. Serius comel sangatttttttttt tapiiiiiiii kecomelannya tuuu tak menyenangkan mata aku melihat dan tekak aku menelan. Sangat sikit ok. Sekadar tiga suap nasi je. Sangat sedikit nasi yang dibungkus. 

            Memangggg, kalau tak cukup, ambil la sebungkus lagi. Hoi hoi hoi, malu ok, nak ambik nasi dua bungkus. Nanti mentedarah orang tengok budak perempuan tu makan.
            Disebabkan malu tu jugak, aku breakfast la dengan benda lain like roti yang disapu kaya or mentega. Aku tengok budak laki pun ambil satu bungkus nasi je, lepas tu bagi menambahkan kekenyangan, ambil makanan lain. Agak-agaknya mereka pun malu gak kot. hehehe

            For me la kan, kalau kau nak tunjuk performance makanan kau tu mantop, siap bungkus daun pisang bagai, letak la lebih sikit. Tak pun, tak payah susah kan diri, letak je satu periuk kat situ, kami ceduk sendiri. Lagi senang. Alah, apalah sangat performance tu kalau rasanya indah rupa dari rasa. Erm.. tak berbaloi. Kalau rasa sedap, orang dah tak kisah dah rupanya macam mana. Tapi jangan la rupo yang hazab benor sampai tak lalu orang nak sentuh yee..

            Dessertnya pun comel-comel. Tapi takpe. Yang tu aku halalkan sebab dessert kan benda last orang makan. Just ambik rasa je sebab semua dah kekenyangankan. Kang puding dipotong besau-besau membazir pulak.. ye dok??? 

            (Think positive sokmo. Tak elok membazir. kecik-kecik and comel-comelkan menambahkan selera. Confem abis makan.) BAIKLAH.


            That's was my opinion about food that they serve for 4 day i was there. Aku bukan cerewet about makanan tapiiii bagi aku makanan sangat penting. After aku penat, and i need to install my energy through food opcoz. Sangat mengecewakan apabila bahan api yang kau gunakan untuk bakar tenaga kau kurang berkualiti seperti mana yang kau jangkakan. 
            Holiday Villa is better for its food. The rest, IMPIANA was ok.


            Apa-apa pun, overall kursus i was attend is very best. I got many information and know many people which is different type of skills. "TQ for give me this opportunity boss".



            Macam biasa, walau ke mana pun me tetap enjoyyyyyyyyyyyyyy...                ^_^











            tuu that bunga loceng was i called for this flower. Betul tak?

             Friday morning. not for jog but attend talk. miahaha

             Toilet mak cik ada tapi nak jugakkkkk posing depan toilet pak cik. Hehehe 

             In front of the beach and berlatar belakangkan resort. 

             Tak ada motif lain kecuali mahu tunjuk bulan purnama yang menegak atas kepala. Jangan salah faham ye, yang bercahaya kat atas tu bukan lampu. Sebab ambik gambar bulan yang segan-segan tunjukkan rupanya dalam gambar ini ialah bulan tu betul-betul cantik and amazing that air laut sangat bercahaya disuluh oleh bulan tu. Tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Maha kuasa Allah SWT.





            Nota Kaki : Agak-agak sesape yang ada pertalian dengan IMPIANA like boss, staf or sape-sape jelah sentap tak baca entry aku nih? muahaha lantak la. So, if korang terbaca, tolong la ambik nasihat aku ni. Kira consultant free la aku bagi ni. Tak perlu bayar pun. If baiki kelemahan tuu, i'm sure lagi ramai yang akan datang buat kali kedua. Keep it up. Sekian.

            THANK YOU FOR READING THIS!

            Makanan jalan sendiri

            Satu keseronokan apabila berada di rumah manis rumah ialah dapat mengenyangkan perut tanpa had. muahaha gila pengemar makan aku nih.

            Mau tak kuat makan kau, ada je penjaja makanan ,lalu lalang kat rumah. Tak kira, pagi ke petang ke, ada je yang menjerit, mempelawa dan bermacam ragam lagilah yang pastinya mendapat tempat di halwa telinga aku. Dengar je ada orang jual makanan, laju je aku capai beg duit, lepas tu jerit......

            "tungguuuuuuuuuuu" (tapi dengan nada agak sopan la..^_^)

            Kena menjerit ok. Sebab si penjaja ni dia main lalu je kat rumah kau. Takdenya nak g depan pintu rumah, tanya "nak tak makcik jual benda ni?". Tak ada! Kau akan dengar sayup-sayup orang menjerit :

            "jangong ghebuh! jagong ghebuh"

            "nasik!nasik!" (macam-macam jenis nasi, macam tu tak sempat nak sebut semuanya)

            "aye percik! aye percik eeeeee" (ikut tone makcik tu sebut)

            "aiskreng!aiskering!"

            "lokceng!lokceng!"

            "acar!acar!"


            Cepat-cepat kau menjerit sama like "Tungguuuuuuu..nok jagong ghebus". Kang kalo menjerit "tungguuuu" je, dia tak perasan la. Kena sebut tuuuu makanan yang dijualnya.


            Meriah sangat-sangat. Tak tau la if tempat korang still ada macam ni ke tak.

            Itulah suasana kampung aku. Tiap-tiap hari. Even bulan puasa pun. Petang-petang akan ada orang menjaja makanan. like this :



            Ni Mek Nab ayam percik gelarannya. Ayam perciknya mabeles hokei. Bulan puasa je makcik ni berniaga. Seingat aku la kannnn, makcik ni niaga dari aku kecik lagi sampai la sekarang. Nak kata makcik ni orang susah, taklah pulak. Rumah besar, anak kerja best-best. Tapi makcik ni cakap, memang dia suka meniaga. Macam tu la orang kampung aku. Dah tua-tua pun rajin. Laki bakar ayam, isteri menjaja.

            Lagi satu, bez tak beznya ayam percik makcik ni, tiap kali dia jual, confem akan abis punya. Tak caya?





            See? tinggal 2 ketul je ayam dan-dan sampai rumah aku. Sempat la aku beli seketul. Seketul je la. Kang tak abis pulak makan. Dengan lauk pauk mak aku masak macam nak niaga kat bazar lak. Mentang-mentang la anak kesayangan dia balik.

            Specialnya makcik ni berniaga, kira macam menjaga environment la katakan, kau tak kan dapat plastiknya untuk bungkus ayam percik tu. Dah kata makcik tu datang menjaja kat rumah, maknanya kau kena pergi ambik pinggan kat dapur, bagi pada makcik tu. seeeee... no more plastik k. Satu-satunya perniagaan yang plastic less. Betul-betul jaga alam sekitar tak? hehehe



             Walaupun rupanya bese-bese je tapiiiiiiiii sedap tau. Kalau tak sedap takde la dia dapat bertahan sampai ke hari ni. Habis pulak tuuuu. Tiap-tiap hari abis hokei.Harganya pulak hanya RM 2.00. Murahhhhhh..
             Seronok tak macam tu? korang tak payah nak berebut, tunggu nak order makanan, tau-tau makanan datang cari pembeli. huhuhu


            Contoh kedua pulak macam ni. Kau tunggu pilih je makanan dalam kereta sorong makcik ni, apa yang kau nak makan, kau ambik then bayar. Tak payah nak pergi jauh-jauh.





            klasik tak? pagi-pagi mesti ada beberapa buah kereta sorong lalu lalang depan rumah.Yang mengandungi benda alah ni...



            Nasi kerabu, nasi berlauk, nasi lemak, nasi dagang, bihun goreng, mee goreng, laksam dan laksa (dah siap dbungkus) serta beberapa jenis kuih yang enak-enak belaka. Tapi time aku ambik gambar ni, kuih muih dah banyak habis. Itu pasal banyak bekas kosong. Laku la katakannnn.


            Ok. Sambung cite..

            Dah makcik tu stop, takkan kau tak beli makanan kot. Pandai-pandai la kau pilih nak makan apa. Yang pasti masih murah dan sedapppppp.. Kat makcik ni aku suka beli nasi kerabu or nasi berlauk. kuih muih lak aku akan beli roti goreng majerin, roti goreng kacang, kuih sardin,dan kuih topi. Nasi RM1 dan semua jenis kuih masih 5 biji RM1 jugak. Mana nak dapat macam tu lagi? yang paling special, kau tak payah nak kuar. Duk tepi tangga rumah je dengan kain sarung, kain tuala atas kepala. (OK. TIPU BAB PAKAIAN TU. T_T)


            Seronok tak?????






            Tak????






            Jeles lah tu. Kat kampung dia takde macam ni. T_T 




            (ada ke orang jeles?? Sebenarnya tuan punya blog masih mempunyai saki baki rindukan kampungnya after balik beraya. So, semua benda nak cerita apa yang ada kat kampung. Cehh, macam kat kampung orang lain tak ada pulak. Pooraahhhh..)



            Huh..dah-dahlah. Penat menjerit, menjiwai watak makcik-makcik yang meniaga kat kampung. Susah tau nak flashback. Aku rasa macam nak menjerit sama bila tulis entry ni. T_T







            Nota kaki : Korang perasan tak Mek Nab ayam percik boleh jadi model consultant? (sila rujuk gambar di atas).. dia dapat balancekn dulang atas kepala dia tanpa memegangnya semasa berjalan. hehehe Hebat tak???

            THANK YOU FOR READING THIS!

            Thursday, September 23, 2010

            Beraya dalam hutan

            Raya ke-6, aku masuk hutan untuk ke kebun yang jauh dalam hutan sana. Tak tau dari mana datangnya idea, raya-raya pun still nak menjenguk kebun. Agaknya dah puas kot merayap kat rumah orang hari-hari, nak jugak la merayap tempat sunyi dan tenang. Erk.. tenang ke? Macam sarang binatang buas dah hutan tu. Maklum la tak ada sape-sape nak jaga. Semuanya perempuan kat rumah aku.

            Mula-mula aku takut gak la nak pergi kebun tu. Mau tak takut kau. Dengan semak samun tebal, tak terjaga, dah lah tak ada orang, opcoz la orang sibuk pergi berayakan. Nak melolong kat sape nanti mintak tolog. huh.. Kerja gila bila fikir balik.

            Tapi memori tu agak sweet jugak la bila dikenangkan balik. Sebab aku tak tau mood gila ape ke entah yang merasuk aku time tu, dan-dan ajak mak dan makcik aku g kebun after balik beraya. Aku rasa last time aku jejak kaki ke kebun tu masa aku from 1. Hambik kau dah berapa lama tak pergi. Memang tersangat gila aku masa tu. Bajet nak kenangkan kembali la memori masa bebudak dulu. Meredah bendang, tahi lembu, lintah, nyamuk, semak belukar ala-ala orang kampung (elloo...bukan ala-ala tau, tapiiii aku memang orang kampung) sungguh la sweet memori tu. 


            Aku rasa bertuah sangat dilahirkan sebagai anak kampung. At least dapat merasa semua benda tu. Entah bila lagi boleh balik kampung, nak jenguk-jenguk kebun yang dah macam hutan tu. T_T





            Buah tak berapa nak nampak. Tapi yang terlebih nampak, lengan tuan punya buah sudah semakin besau. Tak suka!!!

            Btw, masa aku pergi ni, buah tak masak lagi. Tengah menghijau. Tu pasal kecik semacam je buah tu. Tak dapat la nak makan buah kat kebun sendiri. Kena jugak beli buah dokong kat kedai jawabnya.










              Ni pulak dah nak balik sebenarnya. Nampak tak betapa berhutannya kebun aku? agak-agak yang tak pernah redah hutan, takut tak nak ikut aku pergi kebun ni? Jangan tak tau, kita orang siap bawak pisau segala. Mana la tau, kot-kot ada rimau ke, anjing liar ke, kira sebagai senjata la. Yang lawaknya, ada ke orang masuk hutan bawak pisau kat dapur? bukan bawak parang atau golok ke? hahahaha Aku rasa anjing tengok pun tak takut. muahahaha

            Gadis Melayu yang berkain batik di atas ialah makcik aku. Dia belasah bawak balik kelapa. Adoi, buah dokong tak dapat bawak balik, janji kelapa ada. Kira buah jugak la. Buah dari kebun sendiri tuuuu.. Sian. Buah kelapa tu untuk nenek yang berada kat rumah. Sedang menunggu buah dokong dari kebun. So kami tak nak hampakan beliau, kami bawak balik buah dari kebun. Ye, buah kelapa. hahahaha







            Aku tak faham asal gambar ni jadi kontot. huh. Abaikan.


            Tapi sila lihat anak dara yang begitu rajin masuk hutan, sampai baju kotor segala. Rajin kn? kn? kn? T_T


            Baju aku kotor gila. Aku pelik asal baju mak dan makcik aku tak kotor. Adakah aku memang serasi dengan bendang, hutan dan kehidupan kampung ni?? ada kaitan tak? ah, belasah.


            Tapiiiiiii


            Yang sebenarnya, mak aku cakap, aku jalan laju sangat. Sampai terpercik air tanah liat kat belakang. Err.. sebenarnya bukan air tanah liat je tapi campur dengan taik lembu sekali. yeeeee... taik lembu yang lembik-lembik tuuuuuu,...... yarkkkk.... *_* mau aku tak berlari. Kau boleh bayang tak kau redah taik lembu?? Aku ingatkan hanya tanah liat semata-mata yang aku pijak tu. 

             Kuang asam tul lembu tu. Korang tengok la dia pandang aku je. Mesti duk gelak dalam hati tuh. Suka la tu dapat kenakan aku. Habis gatal-gatal kaki aku yang mulus ni. T_T (sila kesiankan saya).





            Oleh kerana merasakan lembu ni telah berjaya mengenakan aku, maka harus dipertontonkan beliau secara eksklusif. Adeh, aku pulak syok sendiri, lembu tu tak pandang pun. Siap bagi vontot lagi. Kuang asam tul. Nak jugak kena sembelih kat aku lembu ni. ^("_")^






            Oklah. Nak tidur. Baru lepas makan ubat batuk. (statement yang tiada kaitan dengan cerita di atas. APAKAH)








            Nota kaki: jangan nak mengata aku eh, masuk hutan pun nak melawa pakai selendang. Kan time raya tuuuuu..





            THANK YOU FOR READING THIS!

            Wednesday, September 22, 2010

            HOMESICK

            After 1 week kat kampung untuk sambut raya, now dah kerja semula. Normallah kan, dah habis cuti kenalah kerja. Tapi yang tak bestnya, masuk kerja je dah diserang demam. Aduh, sungguh tak selesa nak melaksanakan tugas. Dah la nak kumpul mood kerja satu hal, demam pulak. Macam mana tu?

            Maka bertambahlah kadar HOMESICK aku. Sehari sebelum balik ke Kuantan, aku dah rasa lain macam dah. Selsema la, kepala pening dan paling ketara sebak sesangat nak bertolak esok paginya.

            So sekarang aku meroyan sorang-sorang kat sini. Time ni la sensitifnya terlebih sudah. Ingat maklah, makciklah, anak buah buahan lah etc.. errr.. tak lupa jugak teman penyayang.

            Oleh itu, untuk hilangkan 'kemeroyaan' aku kat sini, perlu menempek beberapa gambar yang menjadi punca meroyan ini.




            Anak buah buahan yang amat aku rindu
            My beloved one.. suka sangat packing barang anaknya yang tak nak balik ke Kuantan




            Oh.. sangat meroyan.. T_T








            Nota kaki : Tak sabar pulak nak tunggu raya Haji.


            THANK YOU FOR READING THIS!

            Tuesday, September 7, 2010

            Owh..mataku.

            Mata... sila temankan sya drive ye malam ini. Saya dah make-upkan awk cantik cantik, tak comei lor kalo ngantuk.


            ^_^
            Btw,

            SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TO ALL.
            MAAF IF ADA SALAH AND SILAP WALAU KITA KENAL DALAM ALAM MAYA.
            DRIVE SAFETLY.
            SEMOGA BERGEMBIRA DI HARI RAYA.
            PEACE \/.....
            Sekian.




            Nota kaki : Copy lagu raya dalam pendrve. Teman telinga di kala memandu. 

            THANK YOU FOR READING THIS!

            Monday, September 6, 2010

            Mek blog ni balik ke kelate esok deh. Harap maklum.

            Checklist barang barang untuk rumah manis rumah:
            • Jubah mak -settle
            • Baju anak buah buahan  settle
            • Biskut raya- settle
            • Kerepek - settle
            • Beg raya - settle
            • Angpau - settle
            • Baju melepak - settle












            Esok malam nak balik, malam nih aku dah siap kemas segala. Bukan apa, takut tertinggal je nanti. Nanti tak bez pulak beraya, ada barang yang tak lengkap. Ni kira tahun pertama aku sponsor segalanya kat rumah. Maklumlah dah kerjakan. So, aku ambik alih semua tugas kat rumah like perkara di atas la. Selama ni mak cik aku yang prepare untuk kita orang satu family. 

            Tiba tiba rasa teruja gila nak tengok reaksi dia orang bila aku balik nanti. Jangan tak tau, penuh kereta aku dengan barang barang raya je. Agaknya macam ni la excitednya mak cik aku nak balik kampung dulu. Aku lagiiiiiii la excited gila tunggu dia balik dulu. Benda pertama aku buat, geledah beg mak cik aku. Nak tengok apa barang yang dia bawak untuk aku.

            Now, bila balik kampung, ada si cilik kat umah geledah beg aku pulak. Gila sama dengan perangai aku. Agaknya semua budak pun macam tu jugak kot. Erk.. budak ke time umur aku 22 tahun geledah beg mak cik aku??? T_T 

            Btw, story mory about balik kampung esok ni, Ye, esok. Aku balik kampung malam esok. That's mean aku akan drive after buka puasa. Malam la tu. Ingat sekali memang keje gila lah aku rasa. Mula mula plan nak balik after sahur, tapi kawan aku ajak konvoi tiga kereta lak. So, aku pun jadi excited lah.

            Tapiiii dalam excited tuh, aku rasa agak seram gak la. Mana la tau mata tak tahan ngantuk nanti. Harap harap mampu tahan la. Ni kira 1st time la aku drive malam balik kampung. Macam berani gilakan, padahal agak takut jugak la.
            Disebabkan mak aku bagi keizinan, boleh balik malam, so aku belasahlah. Ada baik jugaklah balik malam dari siang. Kau orang tak tau, bapak jem gile kat Jambatan Sultan Yahya Petra, KB time sekarang. Bayangkan aku bertolak after subuh, mau lepas buka aku sampai umah kang. Penat mak nyahh. Tak kuasa.

            Caiyok~~Caiyok Bella. Pasti bisa itu. Tak cuba tak tau. Orang cakap drive malam syok what. (cehh.. ayat legakan hati sendiri). Masa first aku dapat kereta, gile berdebar. Aku hidap Breakdown Nervous System like loya, pening pening, berpeluh peluh, gementar, jantung berdegup kencang dan sewaktu dengannya. Memang cuak gile. Aku takut gile drive. Harap harap esok boleh la jalan even teman penyayang tak ada untuk back up drive. hukhuk tiba tiba rindu. T_T

            Kamu rindu saya tak?




            Teman penyayang : ^_^




            Saya yang sedang berimaginasi. Terlebey suda. Jiwang tak hengat dunia.


             Sekian.







            Nota kaki : Nak tidur dah. Esok dah tak boleh tido. Nite dear.

            THANK YOU FOR READING THIS!

            Sunday, September 5, 2010

            Moh kita main masak masak

            Yesterday i bereksperimen dengan resepi baru. Tak sempat nak upload semalam. Memang kekenyangan gile. Sahur pagi tadi pun, still boleh makan masakan sama. 

            Tak pernah pun masak resepi ini  before this. I pandai masak resepi tradisional je u. hehe 

            Untuk tunjukkan ke'power'an i dalam masakan tadi, meh aai kongsi kat sini resepinya. Jangan lupa cuba ye pengemar pengemar makanan. Sodapppppp..


            First resepi namanya Macaroni Gratin Barbella

            Bahan bahan :
            •  Macaroni (direbus dan toskan)
            • Isi ayam (dipotong kecil kecil)
            • Daging (dicincang)
            • Bawang besar (dihiris nipis)
            • Cendawan butang (dipotong)
            • Daun bawang
            • Butter
            • Keju (Cheddar + Mozarella)
            • Tepung gandum
            • Susu segar
            • Serbuk lada hitam
            • Garam
            • Serbuk pati ayam


















             Cara membuatnya :
            (1) Toskan macaroni yang telah direbus (make sure jangan sampai lembik sangat), bawang besar, daun bawang dan cendawan dipotong kecil kecil, Ayam dipotong dadu (boleh juga dicampur dengan daging dan seafood) 

            (2) Masukkan sedikit butter untuk menumis, then masukkan bawang yang telah dipotong tadi dan serbuk pati ayam (3) Apabila bawang sudah kekuningan, masukkan ayam dan daging.

            (4) Masukkan cendawa (5) Masukkan daun bawang apabila ayam dan cendawan sudah masak

            (6) Setelah semua bahan tadi masak, tutup api, masukkan macaroni dan gaul sehingga rata dan ketepikan (7) Untuk sosnya pula, tumiskan butter,tepung gandum sebanyak 2 sudu, susu segar 1 tin, garam, serbuk lada hitam. Kacau sehingga sebati dan kelihatan pekat. 

             (8) Masukkan macaroni yang telah digaul tadi ke dalam acuan (9) Kemudian dilapisi dengan sos tadi, dilapisi pula dengan keju cheddar sehingga menutupi kesemua sos itu. 

             (10) Ulangi langkah 8 dan 9 sehingga macaroni sudah diletakkan semua dalam bekas acuan. Di atas sekali, letakkan keju mozarella yang diparut. Bakar dalam Microvawe selama 30 minit, 170 darjah celsius. (11) Begitulah hasilnya. Enak di makan ketika panas.


            Second recipe is Spice Lady Butter Prawn

            Bahan bahan:
            • Udang besar (20 ekor)
            • 1 paket kecil serbuk kari
            • 1 sudu susu cair
            • 2 biji telur
            • 3 sudu besar tepung jagung
            • 2 sudu serbuk lada hitam
            • 2 sudu besar butter
            • 1 ulas bawang besar dan bawang putih (hiris)
            • 2 tangkai daun kari
            • 2 sudu besar sos tiram
            • sedikit garam dan gula
















              Cara membuatnya :



              (1) Bersihkan udang dan toskan (2) Perap udang bersama sama tepung jagung, serbuk kari, serbuk lada hitam, garam, gula selama 30 minit. Selepas itu, goreng udang tersebut sehinga minyak menutupinya sehingga garing, toskan minya. Ketepikan.

               

              (3) Gaulkan 2 biji telur, 1 satu besar susu cair, sedikit garam, serbuk lada hitam. Panaskan butter dalam kuali, masukkan campuran tadi, kacau serta merta sehingga hancur, kering dan garing. Ketepikan. (4) Langkah seterusnya, pansakan butter dalam kuali, tumiskan bawang,cili padi yang telah dipotong. Masak sehingga naik bau dna kekuningan, masukkan udang yang telah digoreng tadi dan akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng garing tadi. Dan akhir sekali, siap dihidang.






              Actually, ai tak pandai nak cakap sukatan bahan bahan kat sini. Ai main anggar je semua ni. So pandai pandai you'll la eh. Kata pandai masak, hujung jari lah nak campak banyak mana bahan bahannya. Janji sodapp.. muahaha








              Nota Kaki : Agak agak baju raya dapat muat tak dengan skala pemakanan aku macam tu semalam? Y_Y

              THANK YOU FOR READING THIS!

              Thursday, September 2, 2010

              Dah dekat dah.

              Korang dah rasa belum mood raya? Aku dah. Satu Ramadhan lagi aku sibuk duk belek belek biskut raya yang nak ditempah. Nak buat tak dapat la. Aku memang tak pandai buat kuih tapi suruh masak juadah berbuka puasa boleh la.
              Baju raya pulak jangan cakap la. Sebulan sebelum puasa aku dah siap-siap tempah baju. Tapi belum tentu siap sampai sekarang. Mak busy benar duk jahit baju customer agaknya. Macam biasa juga, baju aku akan disiapkan malam raya. Takpe, janji siap. Mak aku superb bab bab jahit baju. Takdenya aku nak mengelupur balik kampung je baju tak siap siap lagi.

              Duit raya aku dah siap tukar kepada note note kecik. Senang nak bagi kat bebudak nanti. Maklumlah makcik dah kerja, maka haruslah menyumbang duit raya pada kanak kanak comei kat kampung terchenta tuh. 
              Tapi paling excited tuh, biskut raya, kerepek, kacang dan segala makanan bagai aku dah dapat. Ho ho ho horlick hooorey. Dah boleh nak beraya ni. Tunggu anak bulan Syawal muncul je.
              Apa lagi nak prepare untuk raya nih? Huh, abaikan. 
              Yang penting nak cerita tang biskut yang aku tempah. Takde la banyak sangat pun, ada la dalam 15 jenis biskut.

              Gila teruja aku pergi ambik biskut kat KL. Macam dah takde jual biskut raya kat sini. Tapi nakkkk jugak pergi jauh jauh.

              Tapi berbaloi kau, dapat biskut yang sodap (bagi tekak aku la). Dan dan dan jumpa puan punya biskut dan cik anak puan punya biskut. Mereka sangat baik melayan saya walaupun cukup sibuk melayan tempahan biskut raya.

              Serius, terkejut aku. Banyak gila kotak kotak biskut raya yang orang tempah. Kalau tak sedap tak kan orang belikan. Yang penting nama biskut Kak Nani memang gojes u know. Like Vanilla kisses, Snow Drop, Romantic Hazel, Pinky Lover, Milky Oats Bar, Baby Peanut etc ( antara biskut yang aku beli la). 

              Bagaimana rupa biskut yang gojes tu tak dapat ditayangkan di sini coz nanti ada yang meleleh je di bulan pose nih (terliur ler). Lagi tak pasal pasal mintak biskut tu dengan aku. hoi hoi hoi tuh biskut raya aku. Order next year dengan Kak Nani ea. T_T









              Puan punya biskut.
              Cik anak puan punya biskut.

              Kesayangan puan punya biskut. Errr.. bukan aku tapi si comel yang kiss aku tu.







              Nota kaki : Baru ingat, angpau tak beli lagi. Petang ni nak g cari angpau pulak.
              THANK YOU FOR READING THIS!

              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...