Friday, August 27, 2010

Senarai Kesyukuran LB

Thanks to my dearest, the best blogger ever, Hanis Zalikha bcoz mewujudkan senarai kesyukuran yang paling kewlllll~~ and inspire my spirit when i feel down. 

Hanis said, "Hey sweety Lady Barbella! You should have this Senarai Kesyukuran just like me. WAJIB!". See? betapa saya budak yang dengar kata. Saya terus lakukan perkara ini semata mata dek kerana Hanis yang suruh. ----> OK.OK. tipu. Dialog Hanis adalah rekaan semata mata.

This is my Senarai Kesyukuran from bottom of my heart. 

1) Saya BERSYUKUR saya masih bernafas dan sihat walafiat.
2) Saya BERSYUKUR saya masih mampu merasai kenikmatan makan makanan yang sedap sedap belaka. If tak sedap, peniaga bazar yang tak pandai masak. isk.isk.

3) Saya BERSYUKUR saya ada ibu yang sangat manjakan saya walau saya dah besar sebegini rupa. Makan bersuap lagi. Ai suka mak macam tu. ^_^

4) Saya BERSYUKUR saya sudah memiliki sumber kewangan hasil titik peluh saya. Tak perlu lagi mintak duit dengan mak dan teman penyayang.

5) Saya BERSYUKUR saya sangat suka memasak. Memasak merupakan terapi waktu saya tertekan. Tak tertekan pun saya gemar juga memasak.

6) Saya BERSYUKUR saya sudah mampu milik sebuah besi bergerak yang saya gunakan sekarang untuk ke tempat hasil titik peluh. ~~ kewl

7) Saya BERSYUKUR saya mempunyai teman penyayang yang sangat baik dan penyabar dalam melayan karenah saya yang agak melampau ini.

8) Saya BERSYUKUR saya mempunyai bentuk badan yang degil untuk melakukan perubahan mendadak dari saiz M ke saiz XL. Saya tetap sama. ~~Fuhh.

9) Saya BERSYUKUR saya suka makan coklat. Chocolate is my medicine. ~~heaven.

10) Saya BERSYUKUR saya di kelilingi oleh kanak kanak comei dalam hidup saya after waiting for 22 years. Balqis, Edy N Aqif.~~ sweet. Saya sayang mereka.

11) Saya BERSYUKUR saya berada jauh dari family dan teman penyayang. Ia mengajar saya menjadi seorang yang matang dan berdikari.


12) Saya BERSYUKUR saya sudah tau apa itu sabar since i'm was here. Saya suka perasaan ini.


13) Saya BERSYUKUR saya sempurna dari segi mental dan fizikal. ~~Alhamdulillah.


14) Saya BERSYUKUR saya cukup bagus dalam mengawal masalah sekarang. Saya tak perlu lagi menyusahkan teman penyayang.


15) Saya BERSYUKUR saya sudah meminati dunia blog. Saya sudah jumpa medium terbaik untuk saya luahkan apa saya rasa dan suka. Dan tak perlu membebel di depan rakan rakan.
----> Rakan rakan sila dengar bebelan saya di sini pulak.


16) Saya BERSYUKUR saya sama saiz dengan maksu saya. Saya boleh pakai baju beliau, tapi beliau tak pernah pakai baju saya. Saya suka itu. *wink wink*


17) Saya BERSYUKUR saya ada seorang mak cik yang suka sangat dengar cerita saya dan suka membantu saya. She was my advisor and she a good listener. Tambah tambah bab duit. Makcik, duit sikit blh? ok. bagi no.akaun. Suka tak ada makcik macam tu? ^_^

19) Saya BERSYUKUR saya seorang yang degil. Saya degil mendengar kata orang jika saya rasakan sesuatu perkara itu bercanggah dengan kemahuan saya dan logik akal saya. Jika saya budak yang baik sangat a.k.a lurus, saya akan menjadi seorang yang lemah dan tidak sekuat sekarang.


20) Saya BERSYUKUR saya tidak kaya. Jika saya kaya, saya akan menjadi manusia yang lupa diri dan kaki joli. Saya sukakan kehidupan yang simple ini. Tidak perlu mengikat perut, masih boleh berbelanja dan tidak tension memikirkan mengenai duit.


21) Saya BERSYUKUR saya tiada adik beradik. Saya sering dimanjakan oleh keluarga saya, diberi sepenuh perhatian, dan tidak perlu berebut makan makanan yang enak yang di masak oleh mak dan nenek.


22) Saya BERSYUKUR saya selalu fikirkan benda buruk. Oleh itu, saya sering berwaspada dan tidak akan sesekali mengambil risiko yang membahayakan diri saya.


23) Saya BERSYUKUR saya seorang paranoid tapi level 1 la. sering memikirkan perkara bukan bukan terhadap seseorang dan beranggapan mereka berniat tidak baik pada saya. Oleh itu, saya sering berhati hati dan sering melihat perilaku seseorang itu sebelum saya betul betul menaruh kepercayaan kepada dia.


24) Saya BERSYUKUR tiada perkataan benci dalam hidup saya. Jika saya marah, saya suka sebut perkataan benci berbanding tidak suka pada sesuatu atau seseorang. Namun hakikatnya benci itu adalah geram, marah dan kesal, bukannya betul betul benci sehingga menimbulkan dendam. 


25) Saya BERSYUKUR saya seorang yang sangat sensitif. Apabila saya menangis, saya akan rasa cukup lega. Perasaan tidak elok, rasa kecik hati, marah, kecewa, akan berlalu bersama sama air mata saya. Menangis adalah bagus tapi saya tidak akan sesekali menangis untuk perkara yang sama. It was stupid for me!


26) Saya BERSYUKUR saya mempunyai seseorang nenek yang suka membebel. Setiap kali saya melakukan sesuatu, saya tidak pasti sama ada elok atau tidak, bebelan nenek pasti akan menjengah gegendang telinga saya. Apa yang dibebelkan oleh nenek adalah betul, cuma cara penyampaian sahaja kurang enak didengar. Tapi sekarang bila berjauhan, ia sangat berguna, dalam membuat keputusan. ----> terharu. tiba tiba rindukan nenek.

27) Saya BERSYUKUR saya sudah berani men'drive' kereta. :-p Actually saya sangat fobia dengan jalan raya. Everytime i try imagine to get lesen memandu, saya sangat takut. First time i drive my besi bergerak, i had a nervous break down symptons. But now, i already can manage it.


28) Saya BERSYUKUR saya mempunyai teman yang sangat memahami saya, yang mengenali baik buruk peribadi saya sejak dari sekolah rendah hinggalah sekarang. She is my 3rd diary in my life. Walau dia sudah kahwin tapi dia masih mampu melayan karenah saya setiap kali saya memerlukannya. Biarpun kami jarang berhubung tapi hati saya tidak pernah melupakannya. I hope she too.


29) Saya BERSYUKUR saya mempunyai ibu yang punyai kepakaran menjahit baju like baju kurung, kebaya, jubah, blouse ect. Jahitan my mum adalah paling selesa dipakai untuk dikenakan dengan badan saya. I just give a sampel design kat my mum, then she will try make her best for me. 


30) Saya BERSYUKUR saya mempunyai kampung halaman. Kampung is the place to make me relax and release tension. I love my village soooo much. Belakang rumah saya ada sawah padi yang cantik, tambah meriah apabila musim menuai, padi menguning, jentera padi kebisingan menuai padi, kanak kanak menangkap belalang. Itulah kampung saya. Kampung anda?


31) Saya BERSYUKUR saya pernah merasai zaman kanak kanak yang cukup indah. Bermain pondok pondok, sembunyi sembunyi, tarik upih pinang, panjat pokok kelapa yang tumbang, galah panjang, dan banyakkkkk lagi. Sedih melihat kanak kanak sekarang tidak merasai semua itu lagi. Kanak kanak sekarang banyak menghabiskan masa di cyber cafe, bermain game. Ruginya anda.


32) Saya BERSYUKUR saya sudah mampu mengawal aktiviti membuta di waktu petang. Dulu saya sangat gemar tdur di waktu petang. Impactnya, saya rasa otak saya agak lembap dan badan menjadi lesu apabila bangun tidur. Sekarang saya tidak tidur petang, oleh itu saya semakin cerdik dan cergas. boleh? ^_^


33) Saya BERSYUKUR saya sangat suka kerja. Jika berada di pejabat tanpa melakukan sebarang pekerjaan, saya rasanya sangat tak berguna datang kerja. Very bored. Tapi saya masih belum capai tahap workaholic lagi. Fuhh~~ 


34) Saya BERSYUKUR jika ada orang mencemburui saya. Saya berasa sangat hebat sehingga dicemburui dan diberi perhatian sedemikian rupa. Anda telah menyedarkan diri saya betapa powergirlnya saya. wakakaka


35) Saya BERSYUKUR saya masih ada mood menonton cerita kartun walau dah cukup dewasa. Totall Spy Girl, Maruko Chan, Upin Ipin, Shin Chan, Naruto, Pingu, Doraemon, Detective Conan, Spongebob, Tom N Jerry, Catdog, Finding Nemo, Dragon Ball, Slamdunk, dan banyakkkkkkkkkk lagi. ^_^ Percaya tak, ketika asyik menangis (tengah sedih hokei, baru nangis, tak gile aku nak nangis saje saje), saya boleh stop nangis secara tiba tiba jika melihat cerita kartun muncul di kaca TV. Power tak kuasa kartun dalam memujuk hati saya? baik mengiyakan. Kalau tak aku nangis, korang tak percaya. Y_Y 


36) Saya BERSYUKUR saya bukan kaki wayang. Saya hanya menonton wayang jika cerita tersebut saya rasa cukup best dan disebut sebut oleh orang. Melayu, Inggeris, Thailand, Indonesia, HIndustan, Cina, semua aku akan tengok if ceritanya ada ciri ciri menyumbang kepada keseronokan aku. Cerita Tamil seronok tak? err.. aku belum pernah lagi masuk panggung wayang semata mata nak tengok cite Tamil. Btw, masa belajar dulu, kawan aku kaki wayang, seronok dengar dia cerita sinopsis wayang yang dia tengok. Dia jugak la buku rujukan aku untuk menonton wayang yang best best saja.


37) Saya BERSYUKUR saya suka sangat kanak kanak walaupun saya tidak pernah hidup dan membesar bersama kanak kanak. Saya tidak boleh melihat baju kanak kanak. Bukan sebab alergik tapi saya terus beli mana mana baju kanak kanak yang saya berkenan. Bukan sehelai tapi berhelai helai.  Ye. Untuk anak buah buahan di rumah. Memang boros kawan saya cakap. Tapi saya tidak faham kenapa. Sedangkan baju sendiri pun saya tak segila itu untuk membelinya. Adakah sebab saya teringin adik atau kanak kanak ketika saya kecil kecil dulu menyebabkan saya berkelakuan seperti itu? ada kaitan tak?


38) Saya BERSYUKUR saya pernah merasai perasaan menyesal. Sejak berlakunya kejadian itu, saya berjanji tidak akan pernah mengulanginya lagi. Perasaan menyesal itu, sangat menyakitkan dan mengecewakan pada mulanya. Namun lama kelamaan ia sangat menyenangkan hati saya dan membuat hidup saya bertambah ceria. Anda pernah menyesal? Jika tak, anda rugi.


39) Saya BERSYUKUR saya dimarahi oleh manusia. Manusia means orang yang berakal. Manusia itu sebenarnya cuba membaiki diri saya dan menegur saya dari bertindak bodoh dan melakukan kesalahan yang berulang. Terima kasih banyak banyak. ^_^ TAPI jika kamu manusia yang tak guna akal a.k.a berlagak bagus, jangan suka hati nak marah aku kalau kau tak nak aku cakap kau macam #@*&!@#... faham??


40) Saya BERSYUKUR saya seronok di kelilingi oleh teman teman yang macam macam. Pepatah berbunyi "banyak orang, banyak ragam". Teman yang childish buat saya enjoy, teman sensitif buat saya sabar, teman yang kecoh buat saya ketawa, teman yang dewasa buat saya matang, teman yang nakal buat saya berani, teman yang jahat buat saya TAK NAK BERKAWAN langsung dengan anda. So, saya tak ada teman yang JAHAT. Semuanya yang terbaik. 


41) Saya BERSYUKUR saya pernah menuntut ilmu di Universiti Malaya. Menjadi impian saya sejak kecil untuk belajar di universiti tertua di Malaysia itu. Saya sangat bersyukur, saya megambil langkah berani menuntut ilmu sejarah. Believe or not, SEJARAH TETAP RELEVAN untuk masa sekarang. Buktinya coursemate saya 70% menjadi pendidik. Siapa berani cakap sejarah ketinggalan zaman?


42) Saya BERSYUKUR saya menetap di Malaysia dan menjadi sebahagian daripada warganegaranya. Malaysia aman, maju dan makmuar. I'm proud to be Malaysian. ------> ayat cas semangat kemerdekaan.


43) Saya BERSYUKUR saya suka fizikal saya. Saya dapat memakai baju yang saya suka, saya senang memilih saiz pakaian saya. Saya tidak pernah terfikir untuk ubah fizikal saya. Tiba tiba bersyukur selepas terbaca satu berita, wanita meninggal gara gara membuat pembedahan plastik untuk ubah bentuk fizikal badan.

44) Saya BERSYUKUR saya tidak mempunyai penyakit yang serius.


45) Saya BERSYUKUR mata saya cantik (tidak rabun). Saya juga suka aksesori mata saya a.k.a bulu mata, panjang. Saya suka melihat bulu mata wanita yang lentik dan lelaki juga. :-p Paling penting saya tidak perlu tutup mata saya dengan kaca mata.


46) Saya BERSYUKUR saya suka make-up. Make-up membuatkan saya cantik. Kalau tak, takkan ramai wanita suka ber'make-up. Yang tak suka tu, ada aku kisah?


47) Saya BERSYUKUR tak pernah nampak hantu. Sebenarnya tak ingin pun nak tengok. Tapi hantu buatan selalu la lihat di TV. sama tak rupanya? Eh.. saya tanya anda yang penah lihat. Saya tak mahu lihatnya sendiri.


48) Saya BERSYUKUR gigi saya berada dalam keadaan baik. Walaupun saya ada satu gigi taring yang buat saya tak selesa pada mulanya, namun teman penyayang saya suka. So, saya boleh ketawa dengan cerianya.


49) Saya BERSYUKUR saya mempunyai tangan yang rajin untuk menaip keyboard laptop untuk menulis Senarai Kesyukuran ini.


50) Saya BERSYUKUR saya mengenali Hanis Zalikha and her family.






Segala kesyukuran ini membuatkan saya begitu insaf dan sedar akan kenikmatan yang saya perolehi selama ini. 

Dan saya pasti saya mampu mengatasi segala masalah yang melanda dalam hidup saya, kerana saya diberi kenikmatan yang berganda dari itu.













Nota Kaki : sekarang saya sampaikan amanah Hanis pulak untuk tag semua orang buat senarai kesyukuran ini. CEPAT. ^_^

THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...