Thursday, July 30, 2015

PERSEDIAAN UNTUK ANAK KEDUA

So far so good adalah ayat yang lebih sesuai. Alhamdulillah dalam membuat persediaan untuk anak kedua ni, segalanya berjalan lancar. Takde masalah pun. Tapi persediaan agak last minute sikit sebab mental bercelaru di awal-awal dulu. haha

Persediaan barang-barang pun more pada baju jelah. Takkan nak pakaikan baju Naurah yang kebanyakan skirt untuk adik kan. Kalau baju tidur warna pink, aku consider ok lagilah nak pakai. I am not gender bias. Bagi aku lelaki also can pakai pink. Cuma jangan ada bunga-bunga jelah. Pelik pulak. haha

Baju-baju standarlah warna unisex like biru, merah, coklat, putih, hijau etc. Mitten and booties pun kena beli baru pasal Naurah punya kesemuanya girl amat. Nasib baik sarung tilam ritu, mak ada jahit warna biru kotak-kotak, so boleh aje guna benda sama.

Well untuk keadaan ekonomi sekarang yang semakin meruncing dan poket semakin tergugat, kenalah berjimat dan guna apa yang ada. It's not about tak adil anak 1st sumenya baru, so adik kenalah baru jugak. Aku tak guna eh konsep gitu.Nak berbelanja kena ukur badan sendiri, tepuk poket sendiri. Dah takkan stroller, car seat elok boleh pakai, aku nak beli baru kan. Mana boleh guna, baik digunakan.

Dalam banyak-banyak barang persediaan menyambut baby ni, yang paling paling paling aku excited nak guna adalahhhhhhhhhhh

 



Memakaikan legasi ZANHANA FAMILY dengan blanket hood khas ini. Gitewwwwwwwwww 

harharhar

 
Naurah, 1st day

 Memang aku saje pilih warna biru untuk both gender. Nampak tak, aku memang plan nak anak lebih dari satu. Belum anak pertama lahir aku dah berangan nak pakai kesemua baby Zanhana dengan blanket hood yang sama. Besar angan-angan aku. Lepas deliver Naurah terus fobia taknak anak dah.

Eh, sebulan aje hilang fobia. lepas tu.. krik krik 

HAHAHA

 Memang entah hape-ape je ke'excited'kan aku tu kan? Zan pun tak faham. Zan siap cakap dalam banyak-banyak barang yang aku simpan, blanket hood ni aje satu-satunya khazanah yang aku jaga elok. Andai barang lain aku simpan, last-last mesti hilang punya.

Haaaa nampak tak? Betapa bersungguh dan mengambil beratnya aku akan kepentingan zuriat-zuriat kami menyarung blanket hood ini? HAHAHA poyo!

Bila semua barang dah ready kan, cuma tunggu masa yang sesuai je baby keluar, rasa macam apa entah, kejap-kejap g belek baju anak. Aku tak taulah orang lain, tapi aku mempunyai penyakit gitu. Obses sangat. Dulu masa tunggu Naurah keluar pun sama. Kejap-kejap duk telek baju baby. Rasa comel je, wangi je. Macam tak sabar nak sarungkan baju kat anak yang ada dalam perut ni. Alah, aku rasa semua mak-mak gitu kot. hehe

Naurah so far dia pun excited sama tengok sekotak barang adiknya. Dia aware akan kehadiran adik nanti. So takdelah dia buat perangai nak sarungkan mitten n booties tu. Bila dia ambik, aku terus cakap..

"Kaki dan tangan awah dah besar. Sarung tangan kaki adik kecik." - ibu

"ha ah. Nanti sarung tangan kaki adik rosakkan. Hurm.. wanginyaaa." - Naurah

gitulah responnya. Dia just belek-belek nak tengok.

Barang-barang yang letak dalam bag untuk ke hospital.


Semalam, kawan bawak kek coklat untuk Naurah. Dia kesian hah Naurah nak potong kek bila aku cerita dalam whatsapp group. Kemain suka Naurah untuk kali kedua tiup lilin dan dapat pegang pisau pulak tu. hehe Terima kasih banyak-banyak.








Till then.








THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, July 29, 2015

Nur Naurah Rayyani's 3rd Birthday

Semalam 28 Julai 2015 genap usia Naurah 3 tahun. Dah makin besar anak ibu. Menghiasi hari jadi Naurah semalam, hangat diperkatakan berkenaan TPM Muhyiddin Yassin dilucutkan jawatan dan digantikan dengan Zahid Hamidi. Pada pendapat akuuuuuu...

Tak kosa nak bagi pendapat. HAHA

Dah kenapa tiba-tiba nak cakap hal politik. hehe

Mula-mula memang berhajat nak celebrate birthday Naurah since Zan cakap dia cuti sampai 1 Ogos. Naurah pun dah ada kawan-kawan sepermainan kat kampung, kira macam best kot celebrate birthday dia among her friends. Boleh buat game pecah belon ke, rebut gula-gula ke, ala parti kecil-kecilan gitu. haha Tapi pada 22 Julai Zan kena attend seminar kat PD smpai weekend last week. Makanya, perancangan hanya tinggal perancangan jelah. 

Aku ni tak sedar ke diri tak pandai buat kek tapi usaha jugak nak buat something guna kudrat tangan sendiri, kira macam nak bagi special sikitlah. Macamkan Naurah faham je effort kau kan! haha Mak yang lebih-lebih ni. Sendiri buat, sendiri nak feeling terharu! kahkah Peduliklah!

Semalam balik kerja sinsing lengan buat BIRTHDAY ICE-CREAM hah! aiskrim tu idoklah aku buat, beli siap aje. Cuma deko-deko je sikit bagi nampak senonoh. Idea timbul bila tengok gambar dalam FB yang orang duk share, macam comel je mangkuk coklat diisi dengan aiskrim. So balik kerja singgah beli belon, aiskrim, strawberry. While coklat masakan tu memang ada je lebihan buat biskut raya, lilin pun adalah sebatang kat rumah.

Senang aje buatnya, rajin dan malas je. heh

 
Masak coklat guna kaedah double boiling then celup je belon dalam coklat, nak lagi cepat beku simpan dalam peti ais. Tak sampai 15 minit dah boleh pecahkan belon tu.

Beginilah rupa BIRTHDAY ICE-CREAM tu. Yang ramai menyangka adalah sebijik kek yang besar gedabak. HARHARHAR

Wording tu aku piping dan keraskan jugak. Coklat macam-macam bentuk berketul-ketul tu aku masukkan dalam acuan. Kejap aje nak bagi keras. After Isyak dah boleh meraikan hari jadi. Gituuuu
 
Naurah bukan main seronok hah. Dia ok je, janji Happy birthday harus ada lilin. Maka nyanyilah lagu kat dia sikit sambil tepuk-tepuk.

Bukti hah ke'excited' kannya itu! Siap lambai-lambai tangan ok nak ambik gambar. Dia ingat apa? Artis ke? hehe

Tapi yang sedih plus kelakar sikit tu, lepas aje dia tiup lilin, aku hulur sudu nak kasi dia makan aiskrim dalam mangkuk tu kan, dia mintak pisau.

"Awah nak pisau, nak potong kek." - Naurah

"Ni bukan kek, ni aiskrim, kena makan dengan sudu" - Ibu

"Alaaaa, nape ibu tak buat kek happy a to youu awah???" - Naurah

"Nanti tunggu ayah balik, kita beli kek happy a to u awah eh? Ibu tak pandai buat kek. ibu buat aiskrim coklat untuk awah. awah suka tak?" - Ibu

"Suka, cantik. Pandai ibu buat untuk Awah" - Naurah

Huwaaaa rasa bersalah pulak. Ingat nak buat kelainan sikit. Kalau tau aku tempah je kek seketul macam biasa buat every year tu.
 
Nantilah Naurah, tunggu ayah balik. Kita beli kek sebijik potong-potong. Walaupun waktu tu berkemungkinan ibu tengah berpantang, tapi takpe, ibu takkan terliur pun. Ibu akan suruh ayah beli kek yang ibu tak suka, kek coklat. haha

Tapi tetap aje dia makan aiskrim tu dengan happynya. Siap puji lagi pandai ibu buat. haha


 Begitulah kisah sehari dalam meraikan harijadi anak pertamaku. hehe

Tiada ucapan yang paling telus dari hati ni untuk anak ibu, Naurah. Segala kasih sayang dan rasa cinta ini untuk Naurah susah untuk ibu gambarkan melalui kata-kata. Tapi nanti untuk bacaan Naurah kemudian hari (Insya allah) ibu akan berblog sampai tua hah (lol), meh la coretkan sikit. Sebak pulak nak taip ni.

Naurah, 

Anugerah dari Allah yang hadir dalam hidup ibu dan ayah,
Anak pertama yang cukup istimewa. 

Walaupun seramai mana anak ibu nanti, Naurah tetap menjadi yang paling istimewa untuk ibu dan adik-adik nanti. Kerana yang pertama itu amat indah untuk dikenang. Kerana dari Naurahlah ibu belajar menjadi seorang ibu. Bertukar status, jiwa dan rasa tanggungjawab daripada seorang isteri kepada seorang ibu. Hidup ibu berubah tiba-tiba hanya kerana Naurah. 

Dalam doa ibu, tidak ada lain yang ibu minta selain dari Allah mengurniakan Naurah kesihatan yang berpanjangan dan jadikan Naurah antara insan yang sentiasa mendapat kerahmatan dan lindungan dari-NYA. Putih ke hitam ke, rambut lurus ke, rambut kerinting ke, badan berparut ke ibu tak kisah semua tu. Janji Naurah bahagia dan selamat. 

Naurah seorang anak yang senang dijaga. Tidak banyak ragam. Jarang jatuh sakit. Segalanya mudah bagi ibu. Segalanya indah untuk ibu. Alhamdulillah ibu dikurniakan anak seperti Naurah. 

Semoga Allah SWT sentiasa pelihara dan merahmati Naurah selalu. AMIN.

Selamat hari kelahiran yang ke-3 syg ibu.



3 years old.

Zan and his daughter with a special task. Pasrah teman anak naik kereta api jambu. kofkof



Till then.





THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...